PROGRAM ZIARAH DAKWAH KE PERKAMPUNGAN ORANG ASLI POS PULAT, GUA MUSANG
Pada 14 dan 15 Disember 2019 telah diadakan satu Program Ziarah Dakwah oleh pihak Unit Dakwah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan ke Pos Pulat,Gua Musang bertujuan menziarahi dan penduduk kampung yang beragama Islam di samping dalam rangka menyantuni semua masyarakat Orang Asli yang jauh di pedalaman. Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam itu diserikan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan antaranya penyampaian hamper Ziarah Dakwah kepada para penduduk,Bengkel Penghayatan Fardhu Ain kepada golongan wanita dan kanak-kanak,demonstrasi cara menggosok gigi dan pelbagai lagi aktiviti menarik. Sambutan yang diberikan oleh para penduduk masyarakat Orang Asli Pos Pulat sangat menggalakkan.Rata-rata daripada mereka berpuas hati dan amat gembira dengan program yang dijalankan serta berterima kasih kepada pihak MAIK kerana telah mengadakan kunjungan ke kampung mereka. Program berakhir dengan majlis penutup dan jamuan makan tengah hari kepada para penduduk setempat.
Disediakan Oleh : Nurul Aisyah Bt Wan Adnan