faq lokasi aduan peta


BERITA 2020

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TAKLIMAT PENDAFTARAN TANAH WAKAF NEGERI KELANTAN

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) adalah badan pengawal tunggal hartanah wakaf di Negeri Kelantan sebagaimana seksyen 60 Enakmen MAIK, bilangan 4 tahun 1994. Sebagai pemegang amanah hartanah wakaf, Unit Wakaf MAIK sentiasa meningkatkan kualiti pengurusannya dalam menjaga amanah pewakaf khususnya dalam pendaftaran tanah wakaf.

Pihak MAIK dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan telah mengadakan siri Taklimat Pendaftaran Tanah Wakaf kepada Imam-imam Masjid Jajahan, Bandar dan Mukim di setiap jajahan Negeri Kelantan. Objektif siri taklimat ini adalah untuk menyampaikan maklumat kaedah pendaftaran tanah wakaf terkini dan memperkasakan peranan imam-imam untuk mengesan tanah-tanah wakaf dalam mukim atau jajahan yang terlibat.

Siri taklimat ini telah dilaksanakan bermula pada 15 Mac 2020 di Masjid Al-Sultan Ismail Petra Kubang Kerian Kota Bharu yang disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Mohd Azman Bin Ghazali, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK. Siri taklimat ini diteruskan di Jajahan Pasir Puteh (22 Jun 2020), Jajahan Bachok (29 Jun 2020) dan Jajahan Machang (30 Jun 2020). Taklimat telah disampaikan oleh Yang Berusaha Puan Shakirah Binti Mohamad, Pegawai Wakaf MAIK dan wakil Pejabat Tanah dan Jajahan yang terlibat iaitu Yang Mulia Tengku Sharifuddin Bin Dato’ Tengku Shah Buddin (Timbalan Ketua Jajahan Machang), Yang Berusaha Mohd Kamarulzaman bin Ab Wahab (Timbalan Ketua Jajahan Pasir Puteh) Yang Berusaha Encik Mohd Khairul Adzhar Bin Mohd Adnan (Penolong Ketua Jajahan-Pembangunan Tanah dan Pelupusan Jajahan Machang), dan Yang Berusaha Encik Wan Adzmawi Wan Othman (Penolong Ketua Jajahan Bachok).

Siri Taklimat Pendaftaran Tanah Wakaf Negeri Kelantan akan diteruskan di jajahan lain dan semoga siri taklimat ini memberi manfaat dan memberi impak positif dalam memperkasakan pengurusan wakaf di Negeri Kelantan.

 

Disediakan Oleh : Siti Nuridayu Binti Mohd Othman

 

flickr
www.flickr.com
                   

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini138
Kelmarin3501
Minggu Ini14673
Bulan Ini86708
Jumlah Pengunjung31542030