faq lokasi aduan peta


BERITA 2021

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TENGKU MAHKOTA KELANTAN BERSAMA ISTERI BERKENAN MENGURNIAKAN SUMBANGAN DAN MENYANTUNI MANGSA KEBAKARAN DI JALAN GAJAH MATI

Yang Teramat Mulia, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra bersama isteri, Cik Puan Sofie Louise Johansson berkenan mengurniakan bantuan segera kepada 12 keluarga mangsa kebakaran di Jalan Gajah Mati, dekat Kota Bharu hari ini.

Baginda berdua mengurniakan sumbangan wang tunai kepada kesemua mangsa yang diadakan di hadapan Masjid Pakistan berdekatan lokasi kebakaran.

Baginda berdua yang amat prihatin dengan kejadian menimpa penduduk di Jalan Gajah Mati itu juga turut bertitah kepada mangsa kebakaran untuk berkongsi segala kesukaran dihadapi sekiranya mereka memerlukan bantuan selepas ini.

"Kalau ada masalah dan perlukan apa-apa keperluan nanti boleh beritahu," titah Baginda ketika bertanyakan keadaan para penerima kurniaan.

Pada majlis kurniaan tersebut juga Baginda turut menasihatkan supaya kesemua mangsa bersabar dengan kejadian yang menimpa mereka.

Ketika kunjungan itu juga Baginda berdua turut berkenan meninjau tapak kebakaran meskipun dalam keadaan hujan renyai.

Majlis kurniaan tersebut turut dihadiri, Yang Amat Berusaha Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Yang Amat Berusaha Encik Rosnazli bin Haji Amin, Ketua Jajahan Kota Bharu serta Yang Dihormati DCP Dato' Muhamad Zaki bin Harun.

Semoga kurniaan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh kesemua mangsa yang kehilangan harta benda dalam sekelip mata.

Sementara itu, seorang penerima, Chan Guan Yien, begitu terharu mendapat kurniaan daripada Baginda berdua.

"Aunti menjunjung kasih atas kurniaan dan keprihatinan Baginda bersama isteri berikan sumbangan kepada Aunti.

"Legalah sikit Aunti dapat sumbangan wang tunai bolehlah tampung keperluan kami dua beranak buat sementara ini," katanya yang berusia 80 tahun.

Rumah sewa yang didiami sejak 20 tahun oleh warga emas itu bersama seorang anak berusia 40 tahun turut musnah dalam kebakaran malam semalam.

Disediakan Oleh : Rosmiza Binti Kasim

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2402
Kelmarin2407
Minggu Ini21293
Bulan Ini2402
Jumlah Pengunjung29307019