faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

AMANAT YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK BERSAMA IMAM-IMAM KELANTAN TAHUN 1444H/2022M

 

Pada 27 Oktober 2022 telah berlangsung Majlis Amanat Yang Berhormat Mulia Tengku Yang Dipertua MAIK Bersama Imam-Imam Kelantan Tahun 1444H/2022 di Dewan Tengku Kaya Pahlawan, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji.

Amanat penuh bermakna daripada Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan merangkap Yang Dipertua MAIK itu disampaikan di hadapan lebih 600 imam yang turut dihadiri oleh Yang Amat Berusaha Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK.

Antara intipati amanat adalah, Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz mengingatkan bahawa semua pegawai masjid mukim adalah tidak dibenarkan untuk terlibat secara langsung dalam apa jua kempen, aktiviti dan urusan yang melibatkan politik kepartian sepanjang tempoh pilihanraya ini.

“Walaupun kita mempunyai ideologi dan fahaman politik tersendiri, namun ingatlah bahawa kita semua adalah pegawai masjid yang seharusnya menjadi agen penyatu ummah sebagaimana yang diseru oleh agama.

“Institusi masjid adalah lebih tinggi daripada rentasan ideologi politik, kerana mereka yang memakmurkan masjid pastinya di kalangan orang yang beriman sebagaimana maksud firman ALLAH dalam surah At-Taubah ayat ke-18 :

“𝑺𝒆𝒔𝒖𝒏𝒈𝒈𝒖𝒉𝒏𝒚𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒎𝒂𝒌𝒎𝒖𝒓𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒂𝒔𝒋𝒊𝒅 𝒂𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈-𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒓𝒊 𝒌𝒆𝒎𝒖𝒅𝒊𝒂𝒏, 𝒔𝒆𝒓𝒕𝒂 (𝒕𝒆𝒕𝒂𝒑) 𝒎𝒆𝒍𝒂𝒌𝒔𝒂𝒏𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒐𝒍𝒂𝒕, 𝒎𝒆𝒏𝒖𝒏𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒛𝒂𝒌𝒂𝒕 𝒅𝒂𝒏 𝒕𝒊𝒅𝒂𝒌 𝒕𝒂𝒌𝒖𝒕 (𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒂𝒑𝒂 𝒑𝒖𝒏) 𝒌𝒆𝒄𝒖𝒂𝒍𝒊 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝑨𝒍𝒍𝒂𝒉. 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒎𝒖𝒅𝒂𝒉-𝒎𝒖𝒅𝒂𝒉𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂 𝒕𝒆𝒓𝒎𝒂𝒔𝒖𝒌 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈-𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒅𝒂𝒑𝒂𝒕 𝒑𝒆𝒕𝒖𝒏𝒋𝒖𝒌”

Sifat orang yang beriman adalah sentiasa menyeru kepada pendamaian dan menjauhi perkara yang mengakibatkan perpecahan. Maka masjid mesti menjadi medan menyatukan ummah dari pelbagai ideologi politik dan fahaman, maka pegawai masjid mestilah bebas dan dilihat bebas dari pengaruh politik kepartian.

Lantaran itu, satu surat pentadbiran telah dikeluarkan oleh MAIK pada 11 Oktober 2022 yang lalu berkaitan penangguhan pengeluaran kebenaran khas mengajar agama kepada penceramah di masjid bandar,jajahan dan mukim seluruh negeri Kelantan.

Selain itu, Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz turut menekankan terhadap kecaknaan para imam, siak dan juga ahli jawatankuasa masjid dalam menghadapi musim tengkujuh ini.

Para pegawai masjid harus menjadi sebahagian ‘frontliner’ dalam operasi banjir bermula dari fasa persiapan, semasa dan selepas bencana berlaku. biarlah kehadiran para imam akan dirasai di mukim tersebut dan menjadi rujukan anak mukim dalam hal ehwal berkaitan keagamaan.

Sebolehnya dianjurkan solat hajat di setiap masjid memohon kehadrat penguasa alam, untuk diberikan keselamatan dan kesejahteraan kepada anak mukim kita daripada ditimpa bencana yang tidak diingini.

#MAIK2022

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini3673
Kelmarin3152
Minggu Ini26595
Bulan Ini76735
Jumlah Pengunjung30899907

A- A A+