faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

BANTUAN PEMBANGUNAN ASNAF MAIK BANTU PENIAGA KECIL DAN SEDERHANA KEMBANGKAN EKONOMI KELUARGA DAN SETEMPAT

Sebanyak RM 20,800 telah diagihkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bagi membantu peniaga kecil dan sederhana di Kampung Bahagia dan Kampung Mambong, dekat Kuala Krai menerusi Bantuan Pembangunan Asnaf MAIK.

Sumbangan zakat perniagaan berkenaan telah dikurniakan sendiri oleh Yang Berhormat Mulia, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz juga Yang Dipertua MAIK bersama Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato' Hajjah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong pada Selasa lalu.

Yang Berhormat Mulia, Tengku Temenggong Kelantan dan isteri pada Selasa lalu telah berkenan menyusuri Sungai Kelantan untuk mengurniakan zakat kepada mereka yang layak.

Turut bersama pada Program Jalinan Kasih Asnaf Jajahan Kuala Krai ialah Yang Mulia Tuan Haji Tengku Ab Rahman bin Tuan Yunus bersama isteri dan Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK serta isteri.

Program turut disertai Yang Berusaha Encik Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK, Yang Berusaha Encik Mohd Izwan Shah bin Dato’ Haji Mohd Aiseri, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK, Al-Fadhil Ustaz Haji Murtadha bin Abdullah, Ketua Pegawai Agama MAIK dan Al-Fadhil Ustaz Mahamad Azmi bin Zakaria, Pegawai Agihan Zakat MAIK.

Seramai enam penerima telah mendapat kurniaaan berkenaan yang terdiri daripada peniaga kedai runcit, kedai kopi, peniaga ABC, tukang gunting, peniaga makanan ringan dan pengusaha tembikar.

Sumbangan berkenaan digunakan sebagai pusingan modal dan juga untuk membeli kelengkapan baharu.

Seorang penerima, Raja Salwani bin Sulaiman menjunjung kasih atas kurniaan yang diberikan kerana dia sudah lama berhasrat untuk membeli mesin parut air batu baharu.

“Dah lama guna mesin yang kecil. Jualan pun nampak ada sambutan. Dalam sehari saya boleh jual lebih kurang 30 cawan ABC. Kalau ada mesin baharu, bolehlah jual lebih sikit. Bolehlah saya bantu suami tampung pendapatan suami yang kerja sebagai penoreh getah untuk belanja sekolah dua orang anak ke sekolah,” katanya yang menjual ABC dengan harga RM1 secawan di Kampung Bahagia.

Lihatlah betapa bermaknanya wang zakat yang diinfakkan menerusi kami. MAIK salurkan kepada yang memerlukan. Dengan wang zakat ini mereka dapat kembangkan perniagaan kecil-kecilan dan menampung perbelanjaan pendidikan anak-anak. Semua ini demi masa depan anak-anak. Kejayaan mereka selepas ini adalah hasil wang zakat yang disumbangkan oleh saudara-saudari.

Hanya ALLAH SWT yang mampu membalasnya. Kami doakan semoga rezeki para pembayar zakat sentiasa mengalir dan diberkati selalu supaya dapat membantu lebih ramai lagi yang memerlukan. Amin Ya Rabbal Alamin.

#MAIK2022

#ZakatMAIK

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini747
Kelmarin2955
Minggu Ini14208
Bulan Ini84651
Jumlah Pengunjung27551094

A- A A+