faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

BANTUAN SEGERA MAIK BANTU ANAK KECIL MENDERITA PENYAKIT SPINAL MUSCULAR ATROPHY

kecil1 kecil2

Kisah duka, sepasang suami isteri di Kampung Chenulang, Kuala Krai yang terpaksa tidur bertemankan payung tatkala hujan mendapat perhatian Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Hasil zakat yang diinfakkan menerusi MAIK, pihak kami diwakili Pegawai Tadbir Agihan Zakat MAIK, Puan Nur Afiqah binti Hamidi bersama Pembantu Tadbir Kanan Agihan, En Mohd Asri bin Che Ali telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 bagi membantu keluarga menguruskan keperluan adik Harraz di rumah sewa mereka dekat Panji, Kota Bharu.

Adek Muhammad Harraz Waiz menderita penyakit tersebut sejak berumur 4 bulan lagi. Sejak itu kanak-kanak ini bergantung sepenuhnya kepada pengunaan mesin oksigen sepanjang masa dan juga ubat yang dibekalkan oleh pihak Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dengan nilaian RM44,000.00 setiap bulan secara percuma dalam tempoh 3 tahun.

Diharapkan dengan sumbangan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban ditanggung oleh Puan Nik dan suami demi menjaga kesihatan adik Harraz.

Semoga ALLAH SWT memberi limpahan pahala dan rezeki kepada mereka yang menginfaqkan hartanya dan menambah keberkatan kepada harta bendanya. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

  • Jom sama-sama berzakat! Jangan lepaskan peluang memiliki hadiah bernilai sehingga RM30,000.00.

Anda Dah Bayar Zakat? Klik di sini:

https://zakat.e-maik.my

Potongan Zakat Bulanan:

https://eptg.e-maik.my

#MAIK2022

#MAIKPrihatin

#AndaHeroAsnaf


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini877
Kelmarin3023
Minggu Ini17361
Bulan Ini87804
Jumlah Pengunjung27554247

A- A A+