faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

BANTUAN SEGERA MAIK: BANTU TIGA SEKELUARGA, RUMAH HANGUS DIJILAT API

Tiga sekeluarga di Kampung Padang Nakhoda Saamah, Bachok di sini terpaksa berputih mata apabila rumah yang didiami mereka musnah sekelip mata dalam tragedi kebakaran baru-baru ini.

Alhamdulillah, Segala Pujian Bagi Allah. Ujian yang dihadapi keluarga berkenaan terus mendapat bantuan segera daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Pihak Pentadbiran Masjid Mahmoodi Bachok, Imam Tuanya, AF. Ustaz Rosman bin Che Harun, diiringi Imam Muda, AF. Ustaz Mohd Faiz bin Mohd Zainudin mewakili Timbalan Yang Dipertua MAIK telah hadir ke lokasi kejadian bagi menyampaikan sumbangan segera berjumlah RM2,000 kepada keluarga mangsa, Wan Fazilah Binti Wan Yusof.

Alhamdulillah, dalam kejadian tidak terduga itu, Wan Fazilah yang terbaring lumpuh ketika itu sempat diselamatkan oleh dua anak perempuannya yang bergegas menyelamatkan ibunya sebaik sahaja menyedari api marak. Dikatakan berpunca dari litar pintas.

Dua beradik itu bergegas dengan sehelai sepinggang demi selamatkan ibu mereka. Walaupun kediaman mereka hangus 100 peratus dan segala dokumen penting juga tidak dapat diselamatkan namun mereka bersyukur syurga mereka selamat.

Alhamdulillah, diharapkan dengan sumbangan ini sedikit sebanyak mampu meringankan keperitan yang ditanggung oleh keluarga puan Wan Fazilah. Insya'Allah.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua pembayar zakat kepada MAIK. ANDA HERO ASNAF. Semoga ALLAH memberikan limpahan pahala dan rezeki kepada mereka yang menginfaqkan hartanya dan menambah keberkatan kepada harta bendanya. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

#MAIKPrihatin

#KamiAda

#MAIK2022

 

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini974
Kelmarin3045
Minggu Ini4019
Bulan Ini4019
Jumlah Pengunjung29308636

A- A A+