faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

JEJAK ASNAF SIRI (1) TAHUN 2022 JAJAHAN TUMPAT

Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH SWT, Program Jejak Asnaf Siri ( 1 ) Tahun 2022 telah dilaksanakan dengan jayanya pada Khamis lalu di Jajahan Tumpat. Sebanyak lima keluarga telah terpilih untuk menerima bantuan pihak Majis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada kali ini.

Program Jejak Asnaf ini merupakan satu inisiatif berkesan pihak MAIK bagi mengesan dan membantu asnaf memerlukan bantuan terutama dalam suasana dan ekonomi yang tidak menentu akibat penularan wabak COVID-19 yang sudah memasuki tahun ketiga.

Lima keluarga yang menerima bantuan Jejak Asnaf siri (1) tahun 2022 adalah:

1) Hazibah binti Ibrahim

2) Musa bin Jaafar

3) Rohaidah binti Salleh

4) Rohani binti Ramli

5) Daruni binti Ibrahim

YABrs. Ketua Jajahan Tumpat, Tuan Haji Rusydee bin Abdullah telah mewakili YABrs. Timbalan Yang Dipertua MAIK menyampaikan bantuan kepada ketua keluarga yang terlibat. Setiap daripada mereka menerima bantuan wang tunai RM 1,000, sebuah kotak mengandungi bahan mentah keperluan asas dan sekampit beras 5 kilogram.

Turut serta mengiringi YABrs. Ketua Jajahan Tumpat adalah Al-Fadhil Ustaz Fathul Hakim bin Kamarul Zaman selaku Imam Tua Masjid Ismaili Bandar Tumpat, Al-Fadhil Imam Tua Masjid Mukim Kok Keli dan kakitangan Masjid Ismaili Bandar Tumpat.

Diharapkan dengan bantuan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban keluarga yang terlibat dan memberikan sedikit kelegaan kepada mereka.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua pembayar zakat kepada MAIK. Semoga ALLAH SWT memberi limpahan pahala dan rezeki kepada mereka yang menginfaqkan hartanya dan menambah keberkatan padanya. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutama kepada YABrs. Ketua Jajahan Tumpat dalam menjayakan program Jejak Asnaf pada hari ini.

#JejakAsnafMAIK

#MAIK2022

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini107
Kelmarin3023
Minggu Ini16591
Bulan Ini87034
Jumlah Pengunjung27553477

A- A A+