faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

LAWATAN KE PROJEK PENYELIDIKAN URBAN FARMING ANJUNG MURNI KAWASAN RUKUN TETANGGA BANDAR RINCING SEMENYIH

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) baru-baru ini telah mengadakan lawatan ke Projek Penyelidikan Urban Farming Anjung Murni, Kawasan Rukun Tetangga Bandar Rincing, Semenyih di Kuala Lumpur.

Lawatan berkenaan telah disertai oleh Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK, Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK, Yang Berusaha Encik Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK dan Yang Berusaha Encik Mohd Izwan Shah bin Dato’ Haji Mohd Aiseri, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK.

Tujuan lawatan berkenaan adalah untuk melihat projek penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Maybank Islamic Berhad dan Universiti INCEIF bagi meningkatkan pendapatan sampingan penduduk yang tinggal di bandar melalui aktiviti pertanian.

Program lawatan ke Projek Penyelidikan Urban Farming Anjung Murni ini banyak memberi perkongsian ilmu kepada pihak MAIK bagi membawa projek tersebut ke Kelantan untuk membantu asnaf menjalankan aktiviti pertanian dengan menggunakan kos modal yang minima bagi menambah pendapatan bulanan mereka.

#MAIK2022

 

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini875
Kelmarin3023
Minggu Ini17359
Bulan Ini87802
Jumlah Pengunjung27554245

A- A A+