faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK BERGANDING BERSAMA USM PERKASAKAN OKU

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sentiasa membela nasib insan memerlukan selaras dengan misi dan visi penubuhannya sejak 110 tahun yang lalu.

Terbaharu MAIK telah berganding bersama Universiti Sains Malaysia (USM) bagi memperkasakan golongan orang kurang upaya (OKU) menerusi pembinaan Pusat Transformasi OKU USM-MAIK Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian Kelantan yang terletak di USM, Kubang Kerian.

Pihak MAIK menerusi peruntukan Wang Ehsan Kelantan telah menyalurkan hampir RM1 juta bagi merealisasikan terbinanya pusat sehenti OKU yang pertama di Pantai Timur dan antara terawal di Malaysia.

Pusat Transformasi OKU USM-MAIK Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian Kelantan (Projek Wang Ehsan Kelantan) yang beroperasi sejak Jun 2022 itu telah dirasmikan hari ini tanggal 26 Oktober 2022 oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan merangkap Yang Dipertua MAIK dan turut dihadiri Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato' Hajjah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong Kelantan.

Majlis penuh bermakna yang berlangsung di USM Kubang Kerian itu turut dihadiri YB Dato' Hajjah Mumtaz binti Md Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan; Yang Berusaha Prof Dr Shaharum bin Shamsuddin, Pengarah Kampus Kesihatan; Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK bersama Yang Berbahagia Isteri: Yang Berusaha Prof Dr Wan Rosli bin Wan Sahak, Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan dan Yang Berusaha Dr Mohd Zulkifli bin Abdul Rahim, Penyelaras Pusat Transformasi OKU USM-MAIK.

Memetik ucapan Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan usaha berterusan membantu golongan OKU merupakan satu tindakan yang wajar demi membolehkan golongan ini memberikan sumbangan berkesan kepada negara.

USM mempunyai kepakaran terapi carakerja (occupational therapy) yang berperanan untuk menilai impak kecacatan terhadap kehidupan seseorang dan menilai kekuatan serta potensi seseorang OKU, bagi membolehkan mereka hidup berdikari.

Dengan adanya pusat ini ia sekali gus menyediakan pelbagai aktiviti ke arah menjadikan pusat sehenti ini sebagai pusat rujukan untuk membantu golongan OKU secara holistik demi mencapai tahap keberdikarian yang maksimum.

Sudah sampai masanya kita perlu memikirkan satu penyelesaian jangka panjang bagi menukar status OKU ini, dari status ‘liability’ kepada status ‘productivity’, iaitu menjadikan mereka sebagai sumber manusia kepada negara.

MAIK mendapati program transformasi oku yang dijalankan oleh USM ini, adalah program yang praktikal, sustainable (lestari) dan berkesan ke arah pemerkasaan OKU.

Sebagai contoh, program Latihan Pekerjaan OKU Intelek (vt@usm) telah berjaya menukar status seramai 120 orang OKU dari status ‘liability’ kepada ‘produktiviti dan ini adalah satu pencapaian yang membanggakan.

Program Transformasi OKU yang dijalankan di sini adalah bertepatan dengan dasar universiti dan negara iaitu matlamat pembangunan lestari dan wawasan kemakmuran bersama serta Akta OKU.

 

flickr

www.flickr.com

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini494
Kelmarin3726
Minggu Ini4220
Bulan Ini77282
Jumlah Pengunjung30900454

A- A A+