faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK MENYUSURI SUNGAI KELANTAN HANTAR BANTUAN ZAKAT

Tidak kira apa pun keadaan, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sentiasa komited dalam menjaga integritinya demi menunaikan amanah para pembayar zakat.

Susulan itu, semalam, kami menyusuri Sungai Kelantan, meredah arus dengan menaiki bot kira-kira 1 jam 40 minit perjalanan dari Jeti Penumpang Projek Wakaf MAIK di Tangga Bradley, Kuala Krai untuk menghantar bantuan zakat kepada penduduk di Kampung Bahagia dan Kampung Mambong.

Dalam cuaca panas terik, Yang Berhormat Mulia, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz juga Yang Dipertua MAIK bersama Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato' Hajjah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong berkenan turun padang mengurniakan sumbangan zakat sempena Program Jalinan Kasih Asnaf Jajahan Kuala Krai.

Turut bersama rombongan ialah, Yang Mulia Tuan Haji Tengku Ab Rahman bin Tuan Yunus dan isteri; Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK serta isteri.

Program Jalinan Kasih Asnaf Jajahan Kuala Krai kali ini turut disertai Yang Berusaha Encik Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK, Yang Berusaha Encik Mohd Izwan Shah bin Dato’ Haji Mohd Aiseri, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK, Al-Fadhil Ustaz Haji Murtadha bin Abdullah, Ketua Pegawai Agama MAIK dan Al-Fadhil Ustaz Mahamad Azmi bin Zakaria, Pegawai Agihan Zakat MAIK.

Setibanya di Kampung Bahagia, Yang Berhormat Mulia, Tengku Temenggong Kelantan bersama Tengku Puan Temenggong Kelantan dan rombongan menziarahi serta menyantuni keluarga asnaf dari rumah ke rumah.

Selain bertanya khabar dan mendengar perkongsian kisah kehidupan, Yang Berhormat Mulia, Tengku Temenggong Kelantan bersama Tengku Puan Temenggong turut mengurniakan wang zakat dan bakul makanan.

Di Kampung Bahagia, seramai 25 penduduk menerima kurniaan wang tunai RM500 dan bakul makanan yang bernilai RM100 setiap seorang.

Pada program sama, pihak MAIK juga turut menyampaikan Bantuan Pembangunan Asnaf MAIK kepada empat penerima yang terlibat dengan perniagaan kecil-kecilan di kampung berkenaan. Semoga bantuan ini dapat membantu mereka mengembangkan lagi perniagaan masing-masing untuk menjana ekonomi keluarga.

Selesai pengurniaan sumbangan di Kampung Bahagia, pihak kami menaiki bot ke Kampung Mambong untuk sumbangan zakat kepada 27 orang keluarga asnaf.

Yang Berhormat Mulia Tengku Temenggong Kelantan bersama Tengku Puan Temenggong turut mengurniakan sumbangan Bantuan Pembangunan Asnaf MAIK kepada 2 orang penerima di kampung tersebut.

Dikesempatan ini, pihak MAIK ingin mengucapkan terima kasih kepada pembayar zakat yang menginfakkan harta mereka menerusi MAIK.

Kami juga ingin merakamkan ucapan penghargaan untuk semua pihak yang memberikan sokongan dalam menjayakan program ini termasuklah Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai, pihak Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan juga Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Krai.

#MAIK2022

#BayarZakatHartaBerkat

#ProgramJalinanKasihAsnafMAIK 

 

 

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2063
Kelmarin2955
Minggu Ini15524
Bulan Ini85967
Jumlah Pengunjung27552410

A- A A+