faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAJLIS AMANAT YANG BERHORMAT MULIA TENGKU YANG DIPERTUA MAIK BERSAMA PELAJAR TAJAAN BIASISWA SULTAN ISMAIL PETRA MAIK SESI 2022/2023

Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan merangkap Yang Dipertua MAIK berkenan berangkat ke Majlis Amanat Bersama Pelajar Tajaan Biasiswa Sultan Ismail Petra (BSIP) Sesi 2022/2023 yang diadakan pada 29 September 2022 (Khamis).

Majlis bagi meraikan seramai 10 orang pelajar yang terpilih untuk menerima tajaan Biasiswa Sultan Ismail Petra (BSIP) Sesi 2022/2023 diadakan di Dewan Tok Kenali, Aras 2, MAIK dan amat bermakna buat mereka kerana turut dihadiri para ibu bapa serta penjaga.

Pelajar-pelajar berkenaan merupakan lepasan Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK yang cemerlang dan telah mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.0 dan ke atas serta terdiri daripada golongan asnaf Fisabilillah.

Program ini asalnya adalah menggunakan wang peruntukan tabung iaitu di bawah Tabung Yayasan Pengajian Tinggi Sultan Ismail Petra (TYPTSIP) dan telah dijenamakan semula pada tahun 2021 dengan nama Biasiswa Sultan Ismail Petra (BSIP) MAIK.

Program Biasiswa Sultan Ismail Petra (BSIP) merupakan tajaan biasiswa peringkat Ijazah Pertama kepada para lepasan Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK khusus kepada pelajar yang terdiri daripada golongan Asnaf Fisabilillah.

Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Amat Berusaha Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK, Yang Berusaha Encik Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK, Pegawai-Pegawai Kanan MAIK serta para Pensyarah Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK.

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1352
Kelmarin2955
Minggu Ini14813
Bulan Ini85256
Jumlah Pengunjung27551699

A- A A+