faq lokasi aduan peta


BERITA 2022

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

YBM TENGKU TEMENGGONG KELANTAN BERSAMA ISTERI BERKENAN ZIARAH ADIK ISTIMEWA YANG KRITIKAL AKIBAT TERDAPAT KANDUNGAN DADAH DALAM BADAN

Yang Berhormat Mulia, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz juga Yang Dipertua MAIK bersama Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato' Hajjah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong berkenan menziarahi anak istimewa yang dilaporkan kritikal akibat terdapat kandungan dadah di dalam badan.

Kanak-kanak lelaki istimewa berusia empat tahun itu yang kisahnya mendapat liputan oleh media kini masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

Turut bersama menziarahi kanak-kanak tersebut pada Selasa ialah, Yang Mulia Tuan Haji Tengku Ab Rahman bin Tuan Yunus dan isteri; Yang Amat Berusaha, Haji Zulkifle bin Ab Rahman, Timbalan Yang Dipertua MAIK serta isteri dan Al-Fadhil Ustaz Mahamad Azmi bin Zakaria, Pegawai Agihan Zakat MAIK.

Ketika kunjungan tersebut, Dr. Noraini binti Abdul Rahman, Pakar Perunding Kanak-Kanak memaklumkan bahawa kanak-kanak berkenaan sudah menunjukkan perkembangan yang positif. Bagaimanapun buat sementara waktu, dia perlu minum menggunakan tiub yang dipasang pada hidungnya.

Ibu kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Rohaya memberitahu, dia bersyukur kerana anak bongsu dari tiga beradik itu selamat dan mengharapkan dapat kembali sembuh dengan cepat.

“Kita tengok dia senyum sokmo, tapi hati ibu mana yang tak rungsing. Loni (sekarang ini) minum pun kena guna wayar (tiub),” luah suri rumah sepenuh masa itu.

Sama-sama kita doakan agar adik Muhamad sembuh dengan cepat dan sihat seperti sedia kala. Amin Ya Rabbal Alamin.

Bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung kak Rohaya sekeluarga, Yang Berhormat Mulia, Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz juga Yang Dipertua MAIK bersama Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato' Hajjah Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong telah mengurniakan wang zakat kepada kak Rohaya.

Diharapkan sumbangan zakat ini dapat menampung sedikit sebanyak perbelanjaan harian kak Rohaya sekeluarga.

#MAIK2022

flickr

www.flickr.com

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1330
Kelmarin2955
Minggu Ini14791
Bulan Ini85234
Jumlah Pengunjung27551677

A- A A+