faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

ANAK-ANAK KEPADA IBU DITIDURKAN TERIMA ZAKAT MAIK

Hari ini, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah melaksanakan amanah para pembayar zakat dengan menyampaikan harta yang diinfakkan oleh mereka kepada insan yang benar-benar memerlukan.

Pada 18 Ramadan 1444H, kami telah menyantuni keluarga anak-anak Noriza binti Hussain, 38, di Kampung Baru Nelayan, Tumpat, yang mana ibu mereka ditidurkan di hospital selepas terjatuh di rumahnya beberapa hari lalu. Doktor sahkan terdapat masalah pada jantung dan paru-paru.

Kini anak-anak Noriza iaitu Mohd Alif Muhaimin Abdullah, 12, Nor Daniya Arisya, 11, Nor Iwanina Afina, 7, dan Muhammad Fayyad Zakuan, 4, dijaga bagaikan anak sendiri oleh ibu saudara mereka, Sarinah, 46 yang tinggal bersama sejak ibu bapa mereka bercerai 4 tahun lalu.

Anak-anak masih kecil, tidak dapat mengerti keadaan ibu mereka. Cuma anak sulong Noriza yang tidak dapat menahan sebak, rindukan ibunya. Sesekali kami melihat dia menyapu air matanya. Sabarlah adik. Berdoalah di bulan penuh keberkatan ini, semoga ALLAH SWT kurniakan keajaiban. Kami juga nasihatkan si sulung. Jangan tinggalkan solat.

Sarinah memberitahu selepas ini dia terpaksa berhenti kerja demi menjaga Noriza kerana dia dimaklumkan Noriza berkemungkinan tidak dapat berjalan lagi. Selama ini dia dan adiknya mengambil upah harian menyiang ikan di tempat memproses keropok. Keluarga ini juga menerima bantuan bulanan JKM. Duit itu akan dibelanjakan dengan sebaik mungkin untuk mereka dua keluarga.

Bagi membantu meringankan beban keluarga ini, Yang Berusaha En. Ikhwan bin Mat Yasin, Pegawai Agihan Zakat MAIK telah menyampaikan berita gembira kepada penjaga mereka. Pihak MAIK juga sedia mempertimbangkan Biasiswa Tengku Anis (BTA) kepada 3 beradik yang bersekolah. In shaa Allah, selepas ini tidak perlu bimbang belanja sekolah anak-anak.

Rombongan kami yang turut disertai Yang Berusaha En. Muhamad Firdaus bin Mat Rahim, Pegawai Komunikasi Korporat MAIK dan AF. Ustaz Mohd Sidek bin Mamat, Imam Tua Masjid Ismaili Jajahan Tumpat, juga turut menyampaikan bantuan zakat sebanyak RM3,000 dan bakul makanan untuk membeli kelengkapan Hari Raya Aidilfitri.

Terima kasih kepada pembayar zakat. Betapa bernilainya sumbangan ini buat keluarga Noriza. Hanya ALLAH SWT sahaja yang mampu membalas jasa kalian.

#MAIKCaknoSengoti

#zakatMAIK

 flickr

www.flickr.com

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2231
Kelmarin4019
Minggu Ini25912
Bulan Ini25912
Jumlah Pengunjung29330529

A- A A+