faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

BUDAK 9 TAHUN BEKERJA, BANTU NENEK SARA KELUARGA

Mungkin kita sudah terbiasa mendengar kisah penuntut universiti bekerja sambilan semata-mata demi membiayai yuran pengajian.

Ya, perkara itu tidak asing lagi bagi netizen. Namun berlainan dengan kisah yang kami bawakan kali ini.

Kali ini kami kongsikan cerita bagaimana seorang cucu yang ketika umurnya masih mentah telah berdikari.

Kami katakan demikian kerana semasa umurnya 9 tahun dan masih bergelar sebagai murid Darjah 3, anak ini telah bekerja sambilan selepas pulang dari sekolah. Dia bekerja di kedai makan bermula jam 3.00 hingga 5.00 petang. Itulah yang dilakukan hampir setiap hari sehinggalah dia di Darjah 6. Kini dia berusia 12 tahun.

Namun kita semua tahu, itu bukan ‘jalan’ yang dia inginkan. Tapi apakan daya, terpaksa dilakukannya demi menolong ringankan beban neneknya, Halijah binti Mamat berusia 73 tahun yang sejak beberapa tahun lalu mengambil alih tanggungjawab menjaga dia bersama seorang lagi abangnya berusia 17 tahun dan dua lagi adiknya yang masih kecil. Seorang berusia 7 tahun dan seorang lagi 4 tahun.

Si ayah menghadapi masalah kesihatan dan tidak boleh bekerja akibat kemalangan jalan raya. Jadi nenek yang sudah uzur, menghidap kencing manis dan darah tinggilah menjadi tempat bergantung.

Upah yang diterima RM10 sehari dan kadang-kala diberikan lebih oleh majikannya sudah besar nilainya buat adik Nur Amani Syamimie binti Abdul Mukmin.

Bukan dia seorang sahaja mencari rezeki untuk menampung perbelanjaan, tapi abangnya yang bakal menduduki SPM tahun 2024 juga turut berusaha. Si abang belajar cara-cara membaiki motosikal melalui media sosial, dengan cara itulah dia mendapat duit lebih apabila ada kenalan yang menghantar motosikal di rumahnya untuk dibaiki.

YA ALLAH YA Tuhanku. Betapa hebatnya dugaan hidup mu adik. Betapa kamu juga berusaha demi kelangsungan hidup kamu. YA ALLAH, Engkau permudahkanlah urusan mereka. Semoga ada diantara insan yang berdoa ini dimakbulkan doanya.

Kisah ini sampai kepada pengetahuan kami. Semalam Encik Ikhwan bin Mat Yasin, Pegawai Agihan Zakat MAIK mewakili para pembayar zakat telah menyantuni keluarga ini di rumah usang mereka dekat Ketereh.

Kami telah sampaikan sumbangan wang tunai dan bakul makanan. Bukan itu sahaja, kami sampaikan berita yang melegakan nenek Halijah, pembayar zakat kami telah bermurah hati untuk menaikkan kadar Bantuan Bulanan MAIK yang diterima daripada RM400 kepada RM600 sebulan.

Kami difahamkan mereka terpaksa ponteng sekolah jika tiada duit belanja. Nenek Halijah juga tidak perlu bimbangkan duit poket sekolah cucu-cucunya. Pihak kami juga akan mempertimbangkan Biasiswa Tengku Anis MAIK kepada cucu-cucunya yang bersekolah.

Terima kasih pembayar zakat. Betapa bermaknanya duit zakat ini buat nenek Halijah sekeluarga.

 

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini371
Kelmarin3667
Minggu Ini7499
Bulan Ini79534
Jumlah Pengunjung31534856

A- A A+