faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

DUIT ZAKAT BANTU IBU JAGA 2 ANAK OKU

Biarpun hidup dalam keadaan serba kekurangan tetapi, Samsiah binti Muhammad, berusia 60 tahun ini tidak pernah merungut dalam menjaga dua anak lelaki istimewanya setelah kematian suaminya sejak tahun 2011.

Kak Samsiah atau mesra dipanggil Kak Na yang tinggal di Sungai Budur, Sungai Keladi, Kota Bharu ini bukan tidak mahu meminta bantuan zakat dengan MAIK, tetapi dia berpegang pada prinsip masih ada insan lain yang memerlukan duit zakat.

Selama ini dia membeli lampin pakai buang, ubat-ubatan dan keperluan harian dengan memanfaatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan berjumlah RM800 sebulan untuk kedua-dua anaknya yang istimewa, Muhammad Faiz (berkerusi roda), 34 dan Muhammad Hafizi berusia 32 tahun. Walaupun mengakui bantuan sedia ada masih tidak mencukupi tetapi mereka ikhtiar teruskan kehidupan.

Begitulah hebatnya kasih seorang ibu demi anak-anak syurganya.

Lihatlah anak-anak di luar sana, samalah dalam kehidupan kita, hargailah insan yang bergelar seorang ibu, sesungguhnya seuzur mana, sesusah manapun, seorang ibu tidak akan membiarkan anak-anaknya menderita. Jadi, bagi adik kakok yang masih mempunyai ibu, gunalah peluang singkat yang ALLAH SWT berikan ini untuk berbakti kepada mereka sebelum menyesal pada kemudian hari.

Jadilah seorang anak yang berguna meskipun kita hidup dalam keadaan serba sederhana.

Kak Samsiah memberitahu selain bergantung dengan bantuan JKM dia juga menjual barangan dapur di pasar berdekatan dengan rumahnya. Dia akan keluar berniaga kecil-kecilan sekitar jam 3 petang selepas ‘siapkan’ dua anak istimewanya.

ALLAHUAKBAR. Setiap yang dilakukan, anak-anak akan didahulukan.

ALLAHUAKBAR. Perjalanan hidup dilalui Kak Samsiah dalam menjaga dua anak istimewa setelah kematian suaminya yang diceritakan, sangat menyentuh hati kami. Perasaan kami diibaratkan berteriak, apa tidaknya kerana Kak Samsiah bercerita sambil menangis. Pun begitu, kami bangga dengan kecekalan Kak Samsiah, tetapi jauh di lubuk hati kami, Kak Samsiah terpaksa menghadapi semua ini dan kami tidak akan membiarkan Kak Samsiah terus melalui semua ini.

Disebabkan itulah, kami mewakili para pembayar zakat MAIK, tampil bertanya khabar dan menghulurkan bantuan zakat.

Pembayar zakat kami tidak mahu terjadi sesuatu yang buruk kepada anak-anak istimewa ini, sepeninggalan Kak Samsiah keluar mencari rezeki.

Pembayar zakat kami juga bimbang keselamatan dan kesihatan Kak Samsiah yang keluar berniaga ketika musim hujan lebat.

Jadi kami mewakili pembayar zakat bantu Kak Samsiah. Kami diwakili Ustaz Nik Mohd Afif Azhan bin Nik Mohd Naidi selaku Imam Tua II Masjid Muhammadi Kota Bharu, bersama Encik Muhamad Firdaus bin Mat Rahim, Pegawai Komunikasi Korporat MAIK tampil menghulurkan bantuan wang zakat dan makanan dapur kepada Kak Samsiah.

Kami juga maklumkan, jika Kak Samsiah perlukan apa-apa bantuan boleh terus ke Masjid Muhammadi Kota Bharu atau pejabat MAIK pada bila-bila masa untuk dapatkan pertolongan segera.

Terima kasih pembayar zakat. Lihatkan betapa bermaknanya wang zakat yang anda infakkan kepada kami. Kami bantu mereka yang selayaknya, kami bantu ceriakan dan gembirakan insan-insan yang memerlukan. Hanya ALLAH SWT yang mampu membalas jasa kalian.

 

#ZakatMAIK

#MAIKCaknoSengoti

#TerimaKasihPembayarZakat

 

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini333
Kelmarin3667
Minggu Ini7461
Bulan Ini79496
Jumlah Pengunjung31534818

A- A A+