faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

“KAKAK NAK SEKOLAH…”

“Kakak nak sekolah”. Itulah kemahuan seorang anak berusia 10 tahun dari Kampung Pangkal Cuit, Machang setelah tiga tahun tidak bersekolah disebabkan ibu bapa mereka tidak berkemampuan. Terpaksa melupakan impian besarnya untuk ke sekolah seperti rakan yang lain dek kerana kemiskinan hidup keluarganya.

Anak sulong daripada empat beradik ini juga tinggal di rumah serba kekurangan bersama ibu bapanya, Wan Zahran Saufan bin Wan Abdul Rashid, 47 dan Nurul Izzati Aziera bin Nasir, 31. Rumah “dimakan” anai-anai. Berteduh di ruangan dapur kecil. Itupun menunggu masa nak sembah bumi.

Kisah mereka sampai kepengetahuan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Hari ini kami turun padang menyelami kisah hidup mereka dengan lebih mendalam. Kami ingin tahu mengapa anak sulong abang Wan Zahran dan anak perempuan keduanya berusia 8 tahun juga tidak bersekolah.

Sebagai badan induk yang menguruskan zakat di Kelantan. Kami tidak pernah menghampakan kepercayaan para pembayar zakat kami, kerana wang zakat yang diinfakkan kepada kami ini wajib digunakan untuk membela insan yang layak menerimanya.

Hari ini, kami diwakili Yang Berusaha Encik Ikhwan bin Mat Yasin, Pegawai Agihan Zakat MAIK bersama Yang Berusaha Encik Muhamad Firdaus bin Mat Rahim, Pegawai Komunikasi Korporat MAIK menyantuni keluarga ini.

Luah abang Zahran, memang betul lah kisah kemelaratan hidupnya selama ini tiada siapa yang tahu. Dia juga tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana selama ini dia tidak pernah menghebohkan kesempitan hidup mereka enam beranak. Anak sulong berusia 10 tahun, kedua 8 tahun, ketiga 6 tahun dan bongsu 9 bulan.

Apapun katanya, kisahnya telah tular di media sosial. Pada mulanya agak malu. Tapi dengan hati terbuka dia menerima keadaan ini kerana semuanya adalah rezeki anak-anaknya.

Dia juga mengambil upah membasuh kereta, meracun rumput dan 'polish' kereta tapi katanya masih tak cukup. Sebab itulah anak-anak tak bersekolah. Bil elektrik pun tertunggak hampir RM1,500.

Hari ini MAIK sampaikan berita gembira buat mereka mewakili pembayar zakat. MAIK sampaikan sumbangan zakat segera berbentuk wang tunai RM1,000 dan bakul makanan. Kami juga bayarkan tunggakan bil elektrik.

Demi pendidikan anak-anak ini, kami pertimbangkan kelulusan Bantuan Biasiswa Tengku Anis MAIK. In shaa Allah, selepas ini tak payah dah nak risau perbelanjaan anak-anak ke sekolah.

Kami biayai persekolahan mereka, kerana pendidikanlah yang mampu mengubah kehidupan mereka sekeluarga nanti. Pendidikanlah yang akan menjadi senjata buat anak-anak ini setelah dewasa kelak. Paling penting orang tua anak-anak ini berikhtiar dan memberi semangat supaya anak-anak mereka terus rajin belajar.

Soal bekalan makanan pun mereka tidak perlu bimbang. Anak isteri tidak perlu berlapar. Kami taja bekalan makanan mereka sekeluarga. Mereka boleh ambil di masjid berhampiran yang kami maklumkan.

Jutaan terima kasih kepada pembayar zakat. Lihatlah betapa hebatnya kuasa zakat anda kalian. Betapa mereka sekeluarga boleh hidup dengan gembira. 

#ZakatMAIK

#MAIKCaknoSengoti

#MAIK2023

flickr

www.flickr.com

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini447
Kelmarin3491
Minggu Ini20109
Bulan Ini20109
Jumlah Pengunjung29324726

A- A A+