LEBIH 2,000 PESERTA MERIAHKAN PROGRAM SEMARAK KEMERDEKAAN ANJURAN PERPUSTAKAAN MAIK
Seramai 2,387 pelajar dan juga guru-guru memeriahkan Program Semarak Kemerdekaan anjuran Perpustakaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang berlangsung bermula 4 September hingga 14 September 2023.
Program bersempena bulan kemerdekaan ini dilaksanakan bagi memberi peluang dan menarik minat para pelajar serta golongan muda untuk mengenali serta mendekati tempat-tempat bersejarah serta gedung-gedung ilmu yang terdapat di sekitar negeri Kelantan, khususnya Perpustakaan MAIK.
Antara aktiviti yang disertai para pengunjung adalah seperti permainan Sahiba, Catur, Congkak dan pelbagai permainan ilmiah lain juga turut diadakan.
Selain menyertai program yang berlangsung di Perpustakaan MAIK, para peserta rombongan juga turut melawat Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan, Istana Jahar, serta Muzium Perang.
Bagi acara kemuncak, Perpustakaan MAIK turut mengajurkan satu forum yang bertajuk Forum Bicara Kemerdekaan: Peranan Pendidik Dalam Membentuk Generasi Masa Kini yang telah dihadiri oleh 60 orang guru-guru sejarah dari sekolah kebangsaan dan menengah sekitar Kota Bharu.
Forum berkenaan dikendalikan oleh Yang Berusaha Mohamad Fauzan bin Abdullah, Pegawai Penyelidik, MAIK selaku moderator.
Tajuk menarik ini telah dikupas secara tuntas oleh, Yang Berusaha Puan Tuan Siri Mastazameatun binti Long Tuan Kechik, Pensyarah Pusat Khidmat Akademik, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan Dr Wan Afizi bin Wan Hanafi, Pensyarah Kanan Jabatan Sains Sosial, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu.
Program ini merupakan salah satu program promosi Perpustakaan MAIK yang dianjurkan bagi memperkenalkan kepada masyarakat terutamanya golongan muda berhubung fungsi dan peranan perpustakaan.
#MAIK2023
#PerpustakaanMAIK