faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PERNAH TERIMA ZAKAT, KINI MAMPU BAYAR ZAKAT RM1 JUTA

Wow banyaknya Cik Na bayar zakat. RM1 juta tu. Ini bukan gurauan tetapi kenyataan. Cik Na atau nama sebenarnya, Puan Nur Farhana binti Ismail yang merupakan founder AnaZahra OEM Sdn. Bhd telah membayar zakat dengan jumlah amat besar kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada 19 Disember 2023.

Ini sekali gus menjadikan Cik Na sebagai pembayar zakat individu tertinggi di MAIK. Alhamdulillah, semalam Cik Na telah menyerahkan bayaran zakat tersebut kepada Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan, juga Yang Dipertua MAIK di Pejabat MAIK.

Amat bangga untuk dikongsikan juga dengan adik kakok, Cik Na juga sebenarnya pada tahun 2013 pernah menerima bantuan zakat daripada MAIK. Dia menerima RM1,700 berupa Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke Institusi Pengajian Tinggi bagi menyambung pengajian peringkat diploma di Kolej Poly-Tech MARA dalam jurusan Pengurusan Perniagaan.

Alhamdulillah, wang zakat MAIK juga telah membantu Cik Na dari segi pendidikan dan akhirnya telah menjadi batu loncatan kepada dia terus berjaya dalam perniagaan.

Akhirnya, alhamdulillah Cik Na telah menjadi salah seorang pembayar zakat MAIK dan sekali gus merupakan individu yang turut menyumbang dalam membantu para asnaf di Kelantan. Hari ini kita dapat melihat Cik Na mampu membayar zakat dengan sejumlah wang yang sangat besar kerana ALLAH SWT memberikan rezeki cukup luas kepadanya.

Bagi Cik Na, apa yang diterima dan dimilikinya hari ini, adalah daripada hasil perniagaannya yang sentiasa mendapat keuntungan berganda atas keberkatan dia membayar zakat kepada pihak MAIK. Ujarnya, perniagaannya semakin berkembang dan membawa keuntungan selepas dia mula membayar zakat.

Adik kakok kita semua, dengan apa yang dikatakan oleh Cik Na ini, amat tepatlah jaminan dari baginda Nabi Muhammad SAW.

 “Tidak akan berkurangan rezeki orang yang bersedekah yakni berzakat kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.” Jadi ayuhlah, adik kakok yang telah cukup syaratnya, pakat-pakat kita bayar zakat sebelum berakhirnya tahun 2023.

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1976
Kelmarin3906
Minggu Ini13010
Bulan Ini85045
Jumlah Pengunjung31540367

A- A A+