faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN AKADEMIK PENGHUNI RUMAH KEBAJIKAN DARUL AITAM MAIK SESI 2023/2024

Unit Pengurusan Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra (KIJPSIP) dan Darul Aitam Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah mengadakan Program Motivasi Kecemerlangan  Akademik Penghuni Rumah Kebajikan Darul Aitam MAIK pada 14 hingga 16 Disember 2023.

Program yang diadakan di Sudara Beach Resort, Bachok itu telah disertai seramai 27 penghuni Darul Aitam MAIK terdiri daripada calon Sijil Menengah Ugama (SMU), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia Tahun 2023/2024.

Para peserta didedahkan dengan persediaan pengurusan diri, masa dan juga kemahiran belajar menjelang peperiksaan.

Ia juga diharapkan dapat membantu  penghuni untuk mengenal dan mencungkil potensi diri masing-masing seterusnya mampu menetapkan hala tuju masa hadapan serta memberi pendedahan mengenai teknik dan kaedah pembelajaran berkesan terutama di saat akhir sebelum peperiksaan.

Program ini berjalan dengan lancar dalam mencapai objektif bagi menyuntik kesedaran betapa pentingnya pendidikan kepada para penghuni di sini.

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2978
Kelmarin2407
Minggu Ini21869
Bulan Ini2978
Jumlah Pengunjung29307595

A- A A+