faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

SANGGUP TOLAK TOK MA SEJAUH 20 KILOMETER

Diusia 11 tahun, kanak-kanak pada umur sebegini pastinya sedang seronok bermain bersama kawan-kawan. Tapi tidak bagi Mohammad Hairis Haikal bin Abdullah. Dia melupakan keseronokkan menyepak bola di padang, mengayuh basikal beramai-ramai.

Dia bukan tak nak bergaul, tapi itu semua dilupakan demi neneknya, Moreena binti Mohamad, 59, yang terlantar sejak lima bulan lalu akibat strok sebelah kiri badan, kencing manis dan penyakit buah pinggang tahap tiga.

Dia menggalas tanggungjawab besar menjaga neneknya. Atas rasa tanggungjawab dan kasihnya terhadap nenek yang dipanggil 'Ma' itu dia sanggup menolak Ma menggunakan kerusi roda dari rumah sewanya di Kok Lanas, Kota Bharu ke Batu 8, Kampung Kor, Perol.

Dia terpaksa menolak neneknya dengan kerusi roda kerana tidak mampu membayar sewa rumah. Dia terpaksa menagih simpati ibu saudaranya.

Bayangkan. Dia yang bertubuh kecil, menolak kerusi roda dalam keadaan berat sejak pagi, berpanas di tengah hari sehinggalah ke petang. Bukannya dekat. ALLAHUAKBAR...berat sungguh dugaanmu adik Haikal.

Kini mereka berdua menumpang di ruangan dapur rumah arwah ibu tiri neneknya di Kampung Kor. Dibantu ibu saudaranya. Nak cari rumah sewa lain tak mampu. Dapat bantuan JKM, RM250 sebulan. Belanja bulanan melebihi RM500. ALLAHUAKBAR. Memang tak cukup duit.

Kisah mereka tular dua hari lalu. Setelah mendapat tahu, hari ini kami mewakili pembayar zakat MAIK terus menyantuni keluarga ini. Bukan setakat bertanya khabar. Kami nak bantu mereka.

Pagi tadi kami diwakili YBrs. Encik Ikhwan bin Mat Yasin, Pegawai Agihan Zakat MAIK dan YBrs. Encik Zahrin bin Yusuf, Penolong Pegawai Tadbir (Unit Tajaan Pendidikan) MAIK singgah ke rumah mereka.

Ketika kami sampai sekitar jam 10 pagi tadi kak Moreena berbaring di muka pintu. Si Haikal juga sedang tidur di sebelah neneknya.

Rupanya Haikal tak ke sekolah. Bukan hari ini saja, tapi sejak Aidiladha lalu lagi. Dia bukan malas, tapi dialah harapan Tok Ma. Dia jugalah yang suapkan Tok Ma. Dia jugalah yang mandikan Tok Ma. Dia jugalah yang tukarkan lampin Tok Ma. Dia jugalah uruskan ubat Tok Ma. Masih budak tapi sudah pikul amanah sangat besar. YA ALLAH, permudahkan urusan mereka berdua.

Kami nasihatkan Haikal untuk bersekolah. Urusan Tok Ma biar mak saudara dia uruskan. Kami nasihatkan Haikal, pelajaran sangat penting. Dengan kecemerlangan akademiklah dapat mengubah kehidupan diri dan keluarga.

Sebelum Haikal dewasa dan mampu menyara keluarga kecilnya ini. Para pembayar zakat kami mengambil tanggungjawab membiayai mereka berdua.

Alhamdulillah, hari ini kami maklumkan yang pembayar zakat kami akan tanggung mereka. Pihak kami luluskan bantuan Bulanan sebanyak RM500 sebulan. Kami juga luluskan Bantuan Perubatan sebanyak RM3,000. Katanya, dengan duit ni esok nak bawa Tok Ma ke klinik swasta. Haikal nak sangat tengok Tok Ma cepat sihat.

Untuk adik Haikal, pihak kami akan luluskan bantuan Biasiswa Tengku Anis MAIK setelah dia memulakan persekolahan nanti. Pembayar zakat kami nak sangat tengok adik Haikal tidak tercicir persekolahannya.

Seperti penerima lain, keluarga ini anggap kedatangan MAIK satu rahmat buat mereka. Mereka juga tidak sangka MAIK membantu mereka sebanyak ini.

Terima Kasih Pembayar Zakat MAIK, Anda Hero Sebenar Asnaf 

#MAIK2023

#ZAKATMAIK

#MAIKCaknoSengoti

flickr

www.flickr.com

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1896
Kelmarin3163
Minggu Ini16255
Bulan Ini89317
Jumlah Pengunjung30912489

A- A A+