faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TAKLIMAT PENYUCIAN HARTA “ZAKAT, WAKAF, MAIK DAN MASYARAKAT”

Taklimat Penyucian Harta “Zakat, Wakaf, MAIK dan Masyarakat” diteruskan kali ini ke Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin A'ishah Puteri, di Kota Bharu.

Taklimat disampaikan oleh AF Ustaz Ridhwan bin Abdul Rahman Ketua Pegawai Baitulmal Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di Dewan Mumtaz, Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin A'ishah Puteri.

Pada sesi taklimat berkenaan juga, Yang Berusaha Puan Hajah Siti Rahimah binti Che Mahmood selaku Pengetua turut menyerahkan Replika Borang Potongan Zakat / Wakaf Tunai Warga Sekolah kepada pihak MAIK.

Sekolah ini adalah institusi pendidikan kedua yang menganjurkan taklimat sebegini bersempena Pelancaran Bulan Wakaf MAIK 2023.

Terima kasih kepada warga Sekolah Menengah Agama Tengku Amalin A'ishah Puteri yang bersama-sama menjadi sebahagian Warga Wakaf MAIK dan juga Pembayar Zakat MAIK.


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini3122
Kelmarin3013
Minggu Ini9180
Bulan Ini9180
Jumlah Pengunjung29313797

A- A A+