faq lokasi aduan peta


BERITA 2023

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

TIGA BERANAK DIUJI DENGAN KEBAKARAN TERIMA SUMBANGAN MAIK

3beranak1 3beranak2

Kejadian yang menimpa tiga beranak, kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran pada pagi semalam telah sampai ke pengetahuan pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Pihak MAIK diwakili Al-Fadhil Ustaz Hj Osman Bin Mat Zin, Imam Tua Masjid Sultan Muhammad II Telipot telah segera menyantuni keluarga mangsa.

Al-Fadhil Ustaz Hj Osman Bin Mat Zin (Imam Tua) Masjid Sultan Muhammad II, Telipot, telah menyampaikan sumbangan segera sebanyak RM2,000 kepada keluarga Puan Nor Rafiah bt Abdul Rahman di Kampung Bunut Payong, Kota Bharu.

Anak mangsa menceritakan kejadian berlaku sekitar jam 8.45 pagi ketika sedang bersiap untuk menyediakan sarapan.

Ketika hendak ke ruang tamu, mangsa telah terhidu bau hangit dan mendapati api sudah marak. Mendengar teriakan ibunya, cucunya yang sedang bersiap untuk bekerja bergegas untuk menyelamatkan neneknya yang sedang berada di dapur.

Marilah kita mendoakan agar keluarga mangsa sabar dalam menghadapi ujian ini. Semoga bantuan zakat yang disampaikan ini dapat meringankan sedikit bebanan mangsa.

                  𝑻𝑬𝑹𝑰𝑴𝑨 𝑲𝑨𝑺𝑰𝑯 𝑷𝑬𝑴𝑩𝑨𝒀𝑨𝑹 𝒁𝑨𝑲𝑨𝑻, 𝑨𝑵𝑫𝑨 𝑯𝑬𝑹𝑶 𝑨𝑺𝑵𝑨𝑭!

#ZakatMAIK2023

#MAIK2023

 

 

 

 

 

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini229
Kelmarin5146
Minggu Ini10441
Bulan Ini34122
Jumlah Pengunjung29338739

A- A A+