
INFLUENCER BAYAR ZAKAT DI MAIK
Syukur Alhamdulillah pada hari ini ramai dalam kalangan Influencer (Pempengaruh) mengambil peluang untuk menunaikan kewajipan berzakat di Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sebelum berakhirnya 31 Disember 2024 yang berbakiΒ 2 hari sahaja lagi.
Antaranya Cikgu Ayu Empire, Founder Thiarna Beauty HQ Empire, Founder Mek Aini Beauty Empire, Founder Jungle Girl, Founder Kosmetik Jelawat dan ramai lagi yang tidak sempat kami menemubual mereka diatas kesesakan pelanggan kami di kaunter. Nantikan esok masih ramai lagi yang akan menyerbu Kaunter Zakat MAIK. InsyaAllah kami akan santuni anda semua sebaik mungkin.
Terima kasih atas kepercayaan anda semua kepada MAIK. Pakat serbu kaunter kami yang berbaki 2 hari je lagi
"Ya Allah, Engkau gandakanlah pahala dan kebaikan kepada mereka sekelian di atas segala zakat yang telah mereka tunaikan kerana sesungguhnya kami bersaksi bahawa mereka seorang yang tidak pernah berkira ketikamana Engkau mewajibkan zakat ke atas mereka"
"πππππ πππππ πππππ ππππππ"