faq lokasi aduan peta


PENERBITAN PERCUMA

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

ARKIB INFO MAJALAH PENGASUH

Hubungi: Unit Penerbitan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Tel: 09-748 1512 / 017-974 3347 (En. Zaki)

Paparan:

“Meninjau kerakusan Zionis Israel yang mahu menghancurkan masjid Baitul Maqdis. Mengapa? Ikuti tulisan saudara Nik Azman Nik Mustafa. Turut disorot peranan seni silat sebagai medium penyebaran dakwah Islam kepada masyarakat bukan Islam di seluruh dunia; Ustaz Wan Bahruddin Wan Mamat menjelaskannya secara mendasar. Turut dimuatkan artikel berkaitan kenikmatan hidup di bawah al-Qur’an tulisan Haji Ibrahim b. Haji Abdullah. Ikuti juga artikel-artikel yang lain dalam Pengasuh keluaran kali ini.”

“Pengasuh kali ini dimulai dengan artikel huraian hadis pilihan yang ditulis oleh Dr. Nik Yusri b. Musa, pensyarah Universiti Malaysia Kelantan. Artikel menghuraikan hadis Nabi s.a.w. yang berkaitan tentang fitrah Islam yang ada pada setiap bayi yang dilahirkan. Menyusuli pula, artikel bertajuk “Pengurusan Krisis dari Perspektif Islam”, yang ditulis oleh Mohd Nizam b. Abd. Ghani, Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan. Ikuti tulisan-tulisan lain lagi yang menarik dalam Pengasuh keluaran kali ini.”

“Untuk mengetahui sejauh mana sukan seni silat bertepatan dengan ajaran Islam, ikuti tulisan saudara Ustaz Wan Baharudin b. Wan Mamat dalam Pengasuh keluaran kali ini. Tidak ketinggalan juga artikel berkenaan dengan pembinaan yang melampau di tanah perkuburan yang ditulis oleh Ustaz Ridhwan B. Abd Rahman. Ikuti juga beberapa artikel menarik yang lain”.

“Kali ini, Pengasuh 632 ingin mengajak pembaca mengenali tokoh Hijrat al-Rasul 1435H peringkat negeri Kelantan; al-Fadhil Ustaz Mohamad bin Mahmud, dengan lebih dekat lagi. Ikuti secebis gambaran perjalanan hidup beliau yang dicoretkan oleh saudara Zaidi Bin Hasan. Ikuti juga artikel menarik yang lain seperti “Hubungan Salaf dan Khalaf dalam membicarakan nas-nas mutasyabihat” tulisan Mohd Saiba bin Yaakub, dan lain-lain lagi.”

“Pengasuh kali ini dimulakan dengan ucaptama Sahibus Samahah Dato’ Mufti Negeri Kelantan yang bertajuk Fiqh al-Taghyiir: Satu Coretan Ringkas. Ucaptama yang berkait dengan keperluan para pendakwah memahami konsep amar makruf dan nahi mungkar dengan sebaiknya. Ikuti juga tulisan-tulisan lain seperti ‘Ilmu Kerohanian atau Persilatan Kebatinan dari kaca mata Islam’ tulisan Ustaz Wan Baharuddin Wan Mamat, Sudut Pandang al-Imam Syaikh Yusuf al-Qaradawi dan lain-lain lagi.”

“Pengasuh mengucapkan setingi-tinggi tahniah kepada Editor Tamu MAIK; Ustaz Mohamad Mahmud di atas penganugerahan tokoh Hijrat ar-Rasul 1435H bagi negeri Kelantan. Semoga al-Fadhil Ustaz terus menyumbang bakti untuk majalah Pengasuh”.

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini349
Kelmarin2611
Minggu Ini22732
Bulan Ini28798
Jumlah Pengunjung30851970

Pedoman Tartil Dalam Ilmu Tajwid