faq lokasi aduan peta


PENERBITAN PERCUMA

MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

ARKIB INFO MAJALAH PENGASUH

Hubungi: Unit Penerbitan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Tel: 09-748 1512 / 017-974 3347 (En. Zaki)

Paparan:

Pengasuh keluaran kali ini julung kalinya memaparkan himpunan artikel dan penulisan daripada barisan warga Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Dimulakan dengan:

  1. Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja – Baharin Ilias (Pegawai Adat Istiadat, MAIK).
  2. Ketokohan Shaykh Abdullah bin Bayyah; Ulama Besar Mauritania – Irfan Salleh (Pegawai Penerbitan, MAIK).
  3. Peranan Zakat MAIK dalam pendidikan Asnaf – Ameer Azeezy bin Tuan Abdullah (Ketua Pegawai Zakat, MAIK).
  4. Taqwa dalam berfatwa – Ahmad Hafiz Hafifi (Pegawai Penyelidik, MAIK).
  5. Cabaran Faham Pascamodenisme Terhadap Pegangan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah – Profesor Emeritus Dato’ Zakariya Stapa (Ahli Jawatankuasa Penerbitan dan Dokumentasi MAIK).
  6. Efficient Zakat Distribution: A Profile of Asnaf in Kelantan – Afnan Aizzat (Pegawai Data, MAIK).
  7. Sajak; Dakapan Malam – Dato’ A. Aziz Deraman (Ahli Jawatankuasa Adat Istiadat MAIK/Ahli Jawatankuasa Penerbitan dan Dokumentasi MAIK).

Turut terkandung, cerpen “Rindu Rumah Ramadan”, dan lain-lain artikel yang menarik lagi. Semoga pembaca mendapat maklumat yang bermanfaat daripada artikel-artikel yang disiarkan pada kali ini.

Pengasuh keluaran kali ini dimulakan dengan artikel yang bertajuk “Memperingati jasa Professor Dr. Sheikh Yusof Abdullah al-Qardhawi dalam dunia Islam”, oleh Ibrahim Majdi bin Muhammad Kamil. Penulis artikel ini cuba menghuraikan jasa-jasa yang telah dilakukan oleh Allahyarham Professor Dr. Yusof al-Qardhawi yang telah meninggal dunia baru-baru ini. Selain artikel ini, disiarkan juga artikel yang bertajuk “Perjuangan dan pengaruh intelektual Sheikh Ahmad al-Fathoni untuk memerdekakan alam melayu”, oleh Annuar Ramadhan, “Siri serangan idealogi moden: materialisma”, oleh Dr. Nasron Yaakob, “Pemikiran Kalam dalam aliran ahli sunnah wal jamaah”, oleh Professor Emeritus Dato’ Zakariya Stapa, “Activate teh function of teh masjid in Kelantan”, oleh Ameer Azeezy bin Tuan Abdullah dan lain-lain artikel yang menarik lagi. Semoga pembaca mendapat maklumat yang bermanfaat daripada artikel-artikel yang disiarkan pada kali ini.

Pengasuh keluaran kali ini dimulakan dengan artikel yang bertajuk “Ketokohan Ibnu Sina dan pengaruhnya terhadap masyarakat di Malaysia”, oleh Ibrahim Majdi bin Muhammad Kamil. Selain artikel ini, disiarkan juga artikel yang bertajuk “Tasawuf dan Tarikat serta Isu” oleh Wan Baharuddin al-Kutani, “Penceraian dalam kalangan wanita melayu Terengganu” oleh Dr. Haryati Hassan, “Organisasi kerja menurut kaca mata Islam” oleh Dr Ahmad Mujahiden bin Haji Yusof, dan lain-lain artikel yang menarik lagi. Semoga pembaca mendapat maklumat yang bermanfaat daripada artikel-artikel yang disiarkan pada kali ini.

Pengasuh keluaran kali ini dimulakan dengan artikel yang bertajuk “Pemikiran ateisma dari perspektif akidah Islam” oleh  Ibrahim Majdi bin Muhammad Kamil. Penulis artikel ini cuba untuk merungkai corak pemikiran golongan ateisma serta menghuraikannya menurut perspektif akidah Islam. Selain artikel ini, disiarkan juga artikel yang bertajuk “Pendidikan dan Ulama Awal di kampung Kutan” oleh Wan Baharuddin al-Kutani, “Pakcu Haji Mat Saman” oleh Ismail Che Daud, “The Principle and Values of Islamic Management” oleh  Dr Haji Azman Che Omar, dan lain-lain artikel yang menarik lagi. Semoga pembaca mendapat maklumat yang bermanfaat daripada artikel-artikel yang disiarkan pada kali ini.

Ikuti coretan kisah hidup seorang tokoh agamawan negeri Kelantan dengan tajuk “Secarik Ujian Kehidupan” tulisan oleh Mohd Nor Hashri bin Junoh dalam Pengasuh keluaran kali ini. Kisah ini insya Allah akan memberi banyak motivasi dan inspirasi kepada para pembaca, insya Allah. Ikuti juga tulisan-tulisan lain yang menarik seperti “Bala dan Azab Allah: Sorotan Pemikiran Hamka Dalam Tafsir al-Azhar” oleh Dr. Abdul Hafiz bin Haji Abdullah, “Disiplin Ilmu Usuluddin dan Keteguhan Pegangan Akidah Ummah” oleh Prof. Emeritus Dato’ Zakaria Stapa, “Taubat dan Syarat-syarat Penerimaannya” oleh Dr Ahmad Mujahidin bin Haji Yusuf, “Al-Khalil bin Ahmad: Penyusun Kamus al-‘Ain” oleh Nabihah binti Yusuf. Ikuti juga artikel berbahasa Inggeris oleh Siti Maziah binti Ab Rahman dan Abdul Aziz bin Yaacob yang bertajuk “Theory of Fiqh Zakat by Yusof al-Qaradawi. Semoga pembaca mendapat manfaat yang sebaik-baiknya daripada Pengasuh keluaran kali ini.

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1516
Kelmarin3486
Minggu Ini7996
Bulan Ini50105
Jumlah Pengunjung27063176

Pedoman Tartil Dalam Ilmu Tajwid