faq lokasi aduan peta


SYARAT SKIM BANTUAN

BANTUAN KEPADA BADAN/ PERTUBUHAN & SUMBANGAN KEPADA PEMBANGUNAN ISLAM

PENGENALAN :
Merupakan bantuan yang diberikan kepada badan-badan kerajaan atau bukan kerajaan di seluruh negeri Kelantan bagi menganjurkan apa-apa aktiviti atau program yang memberi manfaat di bawah kategori fisabilillah

KATEGORI ASNAF : Fisabilillah

SYARAT-SYARAT:
  1. Bantuan ini khusus untuk badan-badan kerajaan atau bukan kerajaan bagi menganjurkan apa-apa aktiviti untuk manfaat kepada rakyat Kelantan
  2. Aktiviti tersebut mestilah tidak terkeluar dari hukum syara’
  3. Antara aktiviti yang tidak dapat dipertimbangkan adalah seperti:
    • Sukaneka / sukan
    • Lawatan
    • Hari Keluarga
    • Ataupun sebarang aktiviti yang berunsurkan hiburan yang tidak berfaedah
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:
  1. Surat permohonan
  2. Kertas kerja program
KADAR BANTUAN:
Kadar bantuan bergantung kepada keputusan dan penilaian pihak MAIK
(Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Agihan MAIK)
(tertakluk kepada perubahan semasa ; kelulusan mesyuarat / Timbalan Yang DiPertua / Pegawai yang diberi kuasa)

KAEDAH PERMOHONAN / PELAKSANAAN
  1. Permohonan dibuat melalui surat permohonan
  2. Permohonan hendaklah dihantar lengkap bersama kertas kerja cadangan program
  3. Sebarang permohonan yang tidak lengkap akan dihubungi untuk dilengkapkan sepenuhnya
CARA BAYARAN:
Pembayaran akan dibuat melalui Electronic Fund Transfer (EFT)

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini191
Kelmarin3726
Minggu Ini3917
Bulan Ini76979
Jumlah Pengunjung30900151