faq lokasi aduan peta


SYARAT SKIM BANTUAN

BANTUAN KEPADA GHARIMIN

PENGENALAN :
Merupakan bantuan yang diberikan secara “one-off” bagi golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi diri, keluarga dan tanggungan yang memerlukan penyelesaian segera yang dibenarkan oleh syarak.

KATEGORI ASNAF :Gharimin

SYARAT-SYARAT:
  1. Beragama Islam.
  2. Pemohon adalah rakyat negeri Kelantan yang menetap di negeri Kelantan dan sekiranya bukan rakyat negeri Kelantan, pemohon disyaratkan bermastautin di negeri Kelantan tidak kurang dari setahun serta tidak menerima bantuan daripada pusat zakat negeri kelahiran / asal
  3. Menepati kaedah-kaedah penentuan asnaf gharimin sebagaimana yang telah ditetapkan
  4. Hutang yang tidak berulang
  5. Hutang bagi keperluan asasi seperti makanan, pakaian, pelajaran,perlindungan tempat tinggal dan pengangkutan
HUTANG-HUTANG BERIKUT TIDAK DIPERTIMBANGKAN:
  1. Hutang pinjaman kenderaan
  2. Hutang kad kredit
  3. Hutang cagaran tempat perlindungan / rumah / emas / perak
  4. Hutang tanah / rumah diluar Kelantan
  5. Hutang perniagaan (yang berskala besar)
  6. Hutang peribadi yang tidak melibatkan keperluan asasi
  7. Hutang saman / denda
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:
  1. Salinan Kad Pengenalan / surat beranak pemohon, pasangan dan tanggungan
  2. Salinan akaun Tabung Haji dan salah satu akaun bank berikut yang masih aktif ; Maybank / CIMB / Bank Islam / Bank Rakyat
  3. Salinan sijil kematian, surat perakuan cerai pemohon dan pasangan (jika berkaitan)
  4. Salinan slip gaji / penyata pencen pemohon dan pasangan sekiranya bekerja kerajaan / swasta atau pengesahan pendapatan sekiranya tiada slip gaji
  5. Salinan surat pengesahan perubatan, laporan polis kes kemalangan, kebakaran, bencana alam, kematian, kecurian dan lain-lain (jika berkaitan)
  6. Surat akuan hutang / bil / invois hutang
  7. Surat akuan sumpah hutang (jika berkaitan)
KADAR BANTUAN:
Berdasarkan kes dan situasi (tertakluk kepada perubahan semasa ; kelulusan mesyuarat / Timbalan Yang DiPertua / Pegawai yang diberi kuasa)

KAEDAH PERMOHONAN / PELAKSANAAN
  1. Permohonan boleh dibuat secara ”online” menerusi Portal Rasmi MAIK
  2. Pemohon hendaklah memuat turun borang pengesahan maklumat pemohon untuk disahkan oleh imam masjid bandar / jajahan / mukim / penggawa (yang mana berkaitan).
  3. Pemohon hendaklah memuat naik dokumen-dokumen berkaitan yang diperlukan ke dalam sistem e-agihan MAIK
  4. Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau memberi keterangan palsu akan ditolak
  5. Bantuan disalurkan kepada ketua isi rumah kecuali bagi kes-kes tertentu
CARA BAYARAN:
Secara tunai / Electronic Fund Transfer (EFT) / cara lain yang bersesuaian

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2952
Kelmarin2807
Minggu Ini15381
Bulan Ini65521
Jumlah Pengunjung30888693