faq lokasi aduan peta


SYARAT SKIM BANTUAN

BANTUAN RUMAH KEDIAMAN (PROJEK KHAS)

SYARAT-SYARAT AM MEMOHON :
  1. Pemohon hendaklah terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
  2. Keutamaan diberikan kepada pemohon peranakan Kelantan
  3. Beragama Islam.

 

SYARAT-SYARAT KHUSUS MEMOHON :
  • Merupakan bantuan untuk sebuah rumah yang dibina baru dan bukannya untuk membaiki rumah yang sedia ada.
  • Kriteria pemilihan penerima sebagaimana berikut :
    1. Penerima terdiri daripada asnaf fakir dan miskin. Keutamaan diberikan kepada golongan ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU).
    2. Tanah milik sendiri atau milik ibu bapa atau tanah kerajaan. Sekiranya dibina atas tanah milik kerajaan atau ibu bapa pemohon ianya hendaklah mendapat kebenaran secara bertulis.
    3. Mempunyai tanggungan yang ramai.
  • Pemohon hendaklah melalui Pejabat Tanah dan Jajahan masing-masing.
  • Kos setiap rumah adalah sebanyak RM48,000.00 sebuah bagi semua jajahan.
 
CARA UNTUK MEMOHON :
  1. Pemohon-pemohon bolehlah mendapatkan bantuan nasihat melalui semua imam-imam masjid seluruh negeri Kelantan. Tiap-tiap Pemohon mestilah mengisi borang permohonan bantuan yang boleh didapati secara percuma di Kaunter Zakat, MAIK atau Kaunter Baitulmal di masjid-masjid jajahan. Borang permohonan yang disalin (fotostat) tidak akan dilayan.

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini60
Kelmarin4103
Minggu Ini19830
Bulan Ini69970
Jumlah Pengunjung30893142