faq lokasi aduan peta


MASJID BANDAR & JAJAHAN

MASJIDD'RAJA TENGKU AZIZA BINTI TENGKU HAMZAH

MASJID D'RAJA TENGKU AZIZA BINTI TENGKU HAMZAH

PENGENALAN

Masjid D’Raja Tengku Aziza Binti Tengku Hamzah merupakan salah sebuah kategori masjid bandar bagi jajahan Kota Bharu . Ia tertakluk dibawah seliaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

SEJARAH

Masjid DRaja Tengku Aziza binti Tengku Hamzah telah diilhamkan pembinaannya oleh Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis Binti Almarhum Tengku Abdul Hamid berkongsepkan dewan badminton yang mana seni binanya tidak mempunyai tiang tengah seperti masjid-masjid lain dan menampakkan suasana masjid lebih luas di dalamnya. Baginda pernah bergelar Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan ketika menjadi suri kepada sultan Kelantan yang ke-28 Almarhum Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra. Baginda juga adalah bonda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan yang ke-29 iaitu Sultan Muhammad v.

Masjid D’Raja Tengku Aziza Binti Tengku Hamzah, telah pun dibina diatas tanah milik peribadi Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis sendiri yang berkeluasan 18 ekar keseluruhannya. Daripada keluasan tanah tersebut, ¼ telah digunakan untuk dijadikan tapak masjid dan juga kebun tanaman baginda.

Masjid ini telah pun siap dibina dan dirasmikan oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan pada ketika itu. YMM Dr. Tengku Mohammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra pada 18 Mac 2018 bersamaan 20 Jamadilakhir 1439H. Turut berangkat pada majlis tersebut Almarhum Paduka Ayahanda, DYMM Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan paduka bonda DYMM Raja Perempuan Tengku Anis Binti Almarhum Tengku Abdul Hamid beserta kerabat diraja Kelantan dan Brunei.

Pada Tarikh 18 Mac 2018 masjid ini dikatogori sebagai masjid mukim kecil, Taman Pangiran Anak Tengku Afeefah Mashafa’ah Bolkiah Putri. Taman ini diwujudkan sebagai mukim kecil perumahan yang terletak bersebelahan masjid yang mana perumahan tersebut dibina di atas tanah milik YMM Raja Perempuan Tengku Anis. Mukim kecil ini berada di bawah Mukim besar Kampung Tegayong berhampiran pekan Melor, Daerah Peringat, Jajahan Kota Bharu

Sesuai dengan peredaran masa dan perkembangan zaman, masjid ini telah pun dinaik taraf sebagai masjid bandar yang dikategorikan sebagai Masjid Bandar/D’Raja/Jajahan oleh Majlis Agama Islam Kelantan. Cadangan untuk naik taraf masjid ini telah pun dicadangkan oleh YMM Raja Perempuan Tengku Anis Binti Almarhum Tengku Abdul Hamid kepada pihak MAIK dan telah diampuni perkenan oleh KDYMM Sultan Muhammad V. Pada 1 November 2023, masjid ini secara rasminya dinaik taraf sebagai Masjid Bandar/D’Raja dan Jajahan.

Tranformasi pentadbiran juga telah dilakukan di masjid ini sebagaimana masjid-masjid Bandar/D’Raja dan Jajahan yang lain yang berjumlah 21 buah masjid di seluruh Kelantan.

Sejarah Nama Masjid:
2018 dikenali sebagai Masjid Tengku Aziza Binti Tengku Hamzah
2023 – Masjid D’Raja Tengku Aziza Binti Tengku Hamzah

KEMUDAHAN FASILITI

  1. Dewan solat utama berkapasiti 1500 orang jemaah
  2. Tandas OKU
  3. Kaunter Baitul Mal
  4. Taman Permainan Kanak-Kanak
 

KEMUDAHAN FASILITI

  1. Semakan zakat
  2. Bayaran zakat
  3. Permohonan Bantuan Asnaf
  4. Semakan bantuan Asnaf
  5. Permohonan Bantuan IPT
  6. Permohonan bayaran zakat melalui potongan gaji
 

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1337
Kelmarin3486
Minggu Ini7817
Bulan Ini49926
Jumlah Pengunjung27062997

A- A A+