MASJID JAJAHAN : MASJID JAMEK IBRAHIMI
SEJARAH PEMBINAAN
Masjid Ibrahimi Pasir Puteh telah dibina pada tahun 1939. Ia merupakan masjid bandar yang pertama di Kelantan. Keluasan perkarangan masjid ini adalah berukuran 5 ekar. Masjid ini berada dalam kawasan bandar Pasir Puteh dan di tepi jalan utama dari Kota Bharu ke Terengganu. Nama masjid ini diambil bersempena nama KDYMM Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV.
Reka bentuk masjid ini bercirikan seni bina Moghul. Masjid ini juga berbentuk segi empat pada asas binaannya. Ruang solat utama masjid ini berlantaikan permaidani indah dan dihiasi dengan ukiran khat ayat-ayat suci Al-Quran pada dinding. Menaranya bersambung dengan bangunan masjid dan dilengkapi tangga di bahagian mihrab. Selain itu, binaan masjid ini mempunyai satu menara berkubah. Masjid ini juga mempunyai perpustakaan dan bilik seminar bagi kegunaan orang ramai. Terdapat juga ruang solat utama dan ruang solat tambahan di bahagian dalam masjid ini. Bangunan tambahannya telah dirasmikan oleh YAB. Tun Abdul Razak bin Tun Hussein pada 8 Rejab 1395 Hijrah bersamaan 17 Julai 1975 Masihi. Masjid Ibrahimi juga dapat menampung 2800 jemaah pada satu masa.
Masjid ini mendapat pengiktirafan sebagai masjid terbaik kategori Masjid Bandar sempena sambutan Majlis Sambutan Hijratul Rasul Peringkat Negeri Kelantan, tahun 1427 Hijrah bersamaan 2006 Masihi.
-
MASJID JAJAHAN : MASJID BANDAR IBRAHIMI
Pasir Puteh,
16800 Pasir Puteh,
Kelantan -
Telefon : +609 786 2796
-
Emel : mbkj_ibrahimipp[at]e-maik[dot]my
-
Facebook : Masjid Bandar Ibrahimi Pasir Puteh