faq lokasi aduan peta


MASJID BANDAR & JAJAHAN

MASJID ISMAIL PUTRA

MASJID JAJAHAN : MASJID ISMAIL PETRA

SEJARAH PEMBINAAN

Majlis Peletakan Batu Asas masjid ini telah disempurnakan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri pada 7 Safar 1389 Hijri bersamaan 25 April 1969 Masihi.

Masjid ini terletak di pusat bandar Tanah Merah. Ia dibina pada tahun 1970 dan dibuka secara rasmi kepada orang ramai oleh YTM Tengku Ismail Petra Ibni Al-Sultan Yahya Petra pada 17 Mei 1970. Selepas itu ia telah menjalani pengubahsuaian, termasuk pembinaan dua dewan solat berasingan dan dua mimbar. Kedua-dua mimbar ini diperbuat daripada batu berukir dan dalam bentuk yang berbeza. Setiap dewan solat boleh menampung sehingga 2,300 ahli jemaah. Perkarangan masjid ini dihiasi dengan landskap yang menyenangkan. Luas keseluruhan kawasan masjid ini lebih kurang 6 ekar.

Masjid ini mengandungi empat menara kecil, satu menara besar dan tiga kubah. Terdapat juga ruang solat utama bertiang dengan setiap tiang terdapat rak almari untuk menyimpan Al-Quran dan buku atau kitab-kitab agama untuk bahan bacaan para jemaah. Masjid ini berbentuk segi empat. Pada dinding masjid terdapat tulisan khat yang indah sebagai salah satu tanda keunikan masjid ini.

Masjid ini menyediakan pejabat bagi menjalankan urusan pentadbirannya. Selain itu terdapat juga bilik mensyuarat yang digunakan sebagai tempat perjumpaan AJK masjid. Bilik imam dan bilal turut disediakan, disamping terdapat dewan terbuka untuk berbagai aktiviti kemasyarakatan dan tempat berbuka puasa semasa bulan Ramadhan.

  • MASJID JAJAHAN : MASJID ISMAIL PETRA
    Jalan Ismail Petra,
    Pekan Tanah Merah,
    17500 Tanah Merah,
    Kelantan

  • Telefon : +609 955 7537

  • Emel : mbkj_ismailpetra[at]e-maik[dot].my

  • Facebook : Masjid Ismail Petra Tanah Merah Kelantan

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2113
Kelmarin2347
Minggu Ini20940
Bulan Ini111114
Jumlah Pengunjung22995718