faq lokasi aduan peta


MASJID BANDAR & JAJAHAN

MASJID ISMAILI

MASJID ISMAILI JAMEK TUMPAT

SEJARAH PEMBINAAN

Masjid Bandar Tumpat atau dikenali juga sebagai Masjid Ismaili Bandar Tumpat terletak di tengah Bandar Tumpat, berhadapan dengan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat serta berdekatan dengan Pasar Besar Tumpat.

Bangunan asal masjid ini dibina seawal tahun 1900, selepas mengalami beberapa kali perubahan, masjid ini tegak berdiri sehingga kini. Masjid yang dibina atas niat yang suci dan ikhlas oleh penduduk setempat tetap bersemarak walaupun lebih seabad usianya.

Nama asal masjid ini ialah Masjid Tumpat. Setelah beberapa dekad dibina dan selepas mengalami pengubahsuaian dan perubahan, masjid ini kemudian dirasmikan oleh KDYMM Sultan Ismail diberi nama sempena nama baginda.

Tapak asal masjid yang berpaya dan mengalami pasang surut air laut telah mempengaruhi struktur asas binaannya. Bentuk asalnya bertiang tinggi, mempunyai 5 anak tangga. Tangga asal terletak di sebelah hulu dan hilir masjid, selain di belakang. Bangunan masjid asal ini dapat memuatkan hanya 100 orang jemaah.

Perluasan tapak dan ruang ibadat telah melalui beberapa peringkat. Perubahan pertama terjadi pada tahun 1923, apabila tiang dan bilangan anak tangga direndahkan daripada 5 kepada 3 anak tangga. Kemajuan ini dibuat setelah tapaknya ditimbus dengan menggunakan sampah dan pasir bagi menutupi paya dan alur sungai yang merentangi dari Kampung Tanjung Che Mas ke Padang Keretapi Tumpat.

Perubahan peringkat kedua terjadi sekitar tahun 1968. Kali ini dari bangunan kayu kepada bangunan batu. Bahan binaan asal (kayu), selain digunakan sebagai bahan sokongan pembinaan, ia juga diguna bagi mendirikan sebuah sekolah PASTI dalam kawasan masjid. Seawal tahun 1970 masjid baru telah dapat diguna sepenuhnya.

Kini, Masjid Ismaili dapat menampung seramai 1500 ahli jemaah pada satu masa.

  • MASJID JAJAHAN : MASJID ISMAILI
    Bandar Tumpat,
    16200 Tumpat,
    Kelantan

  • Telefon : +6018 940 4987

  • Emel : mbkj_ismaili[at]e-maik[dot]my

  • Facebook : Masjid Ismaili Bandar Tumpat

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2603
Kelmarin3907
Minggu Ini18259
Bulan Ini38446
Jumlah Pengunjung30055246

A- A A+