MASJID BANDAR : MASJID JAMEK SULTAN MANSOR, KG SIREH
SEJARAH PEMBINAAN
Masjid ini siap dibina pada 1 Februari 1985. Ia dirasmikan pada 5 April 1985 oleh KDYMM Sultan Ismail Petra. Masjid ini pada mulanya diberi nama Masjid Kampung Sireh, bersempena dengan nama kampung tempat masjid ini dibina, iaitu Kampung Sireh. Pada bulan Oktober 2013 nama masjid ini ditukar kepada Masjid Sultan Mansor mengambil sempena nama salah seorang daripada raja-raja pemerintah Kelantan.
Masjid Sultan Mansor terletak di Jalan Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan. Lokasi Masjid ini sangat strategik kerana kedudukannya dalam Bandar Kota Bharu dan berdekatan dengan jalan-jalan utama, di samping berada di tengah-tengah laluan perjalanan kenderaan awam. Keluasan masjid ini lebih kurang 1 ekar. Ruang solat masjid dapat menampung sehingga 1500 jemaah dalam satu masa.
-
MASJID SULTAN MANSOR
15100 Kota Bharu,
Kelantan -
Telefon : 09-7482160
-
Emel : mbkj_kgsireh[at]e-maik[dot]my