Pendek, Salor, Kota Bharu, Kelantan
- Soalan Lazim : FAQ Darul Quran
- Laman Rasmi Darul Quran MAIK
SEJARAH PENUBUHAN
Maahad Tahfiz Al- Quran Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dahulunya dikenali sebagai Kelas Pengajian Tahfiz. Kelas pengajian tahfiz ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kuasa Shohibul Samahah al-marhum Dato’ Hj. Mohd Noor Bin Ibrahim, Mufti Kerajaan Negeri Kelantan dan MAIK bertindak sebagai urusetia. Pada 25 Ogos 1980 sehingga 31 Disember 1989, Kelas Pengajian Tahfiz telah mula beroperasi di Pusat Pembelajaran bertempat di Masjid Muhammadi Kota Bharu manakala asrama pelajar telah ditempatkan di sebelah pejabat lama Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
Kelas Pengajian Tahfiz adalah berteraskan kepada hafazan Al-Quran iaitu sebanyak tiga puluh juzuk dan beberapa mata pelajaran lain seperti Tajwid, Feqh dan Tauhid. Kurikulum pengajian pada ketika itu, tidak terikat dengan mana-mana standard pengajian di peringkat kerajaan. Shohibul Samahah Mufti Negeri Kelantan, Dato’ Mohammad Noor Bin Ibrahim telah diberi amanah supaya mengendalikan program tersebut.
Kelas Pengajian Tahfiz telah berjaya melahirkan lapan orang pelajar tahfiz dan kesemua pelajar ini telah dilantik oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sebagai guru Al-Quran di masjid-masjid bandar dan jajahan negeri Kelantan.
Seterusnya pada 1 Januari 1993, Kelas Pengajian Tahfiz telah dinaiktaraf kepada Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK dan pada akhir tahun 2006 maahad ini berpindah ke penempatan baru di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji Kota Bharu dengan prasarana yang lengkap sesuai dengan perkembangan sistem pembelajaran semasa. Pelbagai kemudahan seperti bilik pengajian yang selesa, asrama, makmal komputer dan banyak lagi kemudahan yang disediakan.
Sukatan pengajian di Maahad Tahfiz al-Quran MAIK telah ditetapkan oleh pihak Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam tempoh pengajian selama tiga tahun atau enam semester. Semua pelajar wajib menghafaz al-Quran tiga puluh juzuk serta perlu mengkhatamkannya selama tempoh tersebut. Pelajar akan dinilai melalui peperiksaan semester, kerja kursus atau latihan yang telah ditetapkan bagi melayakkan pelajar mendapat Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, seterusnya pelajar layak menyambung ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di institusi tempatan atau luar negara dalam bidang yang berkaitan.
Pihak pentadbiran telah bersetuju untuk membuat pertukaran nama Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK kepada Darul Quran MAIK secara rasminya pada 26 Oktober 2024 bersamaan 22 Rabiulakhir 1446H bersempena tarikh penubuhan Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK (26 Oktober 1991). Penggunaan nama Darul Quran ini juga turut mendapat persetujuan pihak Darul Quran JAKIM.
Umumnya terdapat tiga seksyen utama iaitu, Seksyen Khidmat Pengurusan, Seksyen Hal Ehwal Akademik dan Seksyen Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.
1. SEKSYEN KHIDMAT PENGURUSAN
- Penyelaras bagi pelaksanaan segala aktiviti yang berada di bawah semua seksyen.
- Menyelaras peruntukan tahunan yang disediakan.
- Menyediakan perkhidmatan sokongan bagi keperluan pembelajaran dan bahan bacaan kepada pelajar serta menjadi platform hebahan berkaitan Darul Quran MAIK kepada umum.
2. SEKSYEN HAL EHWAL AKADEMIK
- Bertanggungjawab memastikan kualiti program yang ditawarkan memenuhi standard Malaysian Qualifications Agency (MQA).
- Bertanggungjawab mentadbir urus Seksyen Hal Ehwal Akademik pelajar serta meningkatkan kompetensi pensyarah merangkumi pengurusan pendaftaran subjek, pelaksanaan program sokongan akademik, pengurusan peperiksaan dan penilaian, aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
- Memastikan prasarana akademik yang kondusif.
3. SEKSYEN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI
- Bertanggungjawab menguruskan segala hal ehwal pelajar yang berkaitan pelaksanaan aktiviti kokurikulum, tatatertib, kaunseling, kesukanan, kebudayaan, penempatan dan kebajikan pelajar.
- Menjadi pemangkin ke arah pembentukan kecemerlangan, kewibawaan dan keterampilan pelajar melalui pelaksanaan program pembangunan sahsiah.
SISTEM PENGAJIAN
Pengajian dijalankan mengikut sistem semester iaitu selama 6 semester (3 tahun). Pelajar-pelajar yang mengikuti program ini perlu menghabiskan tiga komponen kursus iaitu:
- Kursus Pengajian Teras
- Kursus Wajib MQA
- Kursus Wajib Syukbah (Qiraat)
YURAN PENGAJIAN
Yuran pengajian tidak dikenakan. Elaun bulanan diperuntukkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
PROSPEK
Pemegang Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat berpeluang menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di bidang pengajian yang berkaitan sama ada di dalam atau di luar negara. Mereka juga layak memohon pekerjaan di sektor awam dan swasta.
KELEBIHAN & KEISTIMEWAAN
- Pengiktirafan Sijil Diploma di pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Tempatan & Luar Negara
- Elaun Bulanan disediakan
- Penginapan Asrama Percuma
- Bilik Kuliah yang selesa
- Makmal Komputer yang kondunsif
- Kawalan Keselamatan 24 Jam
- Pelbagai kemudahan lain yang disediakan
PROGRAM KEMASYARAKATAN
Aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah seperti berikut:-
- Majlis Tahlil & Bacaan Al-Quran
- Majlis Qiamulail
- Program Solat Hajat
- Solat Jenazah
- Majlis Kesyukuran dan Majlis Keraian
- Khidmat Imam Terawikh
- Bakti Siswa
- Riadah dan Sukan
- Lain-lain
SYARAT KEMASUKAN
Kelayakan asas untuk mengikuti program Diploma adalah seperti berikut:-
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Belum berkahwin
- Berumur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh pendaftaran
- Lulus
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
dengan syarat minimum Gred “C” dalam mata pelajaran berikut:-- Bahasa Melayu
- Bahasa Arab / Al-Adab wa al-Balaghah / Al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab;
- Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Islam / Tasawwur / Usuluddin / Turath al-Quran dan Sunnah / Al-Syariah / Manahij al-Ulum al-Islamiah / Turath Dirasat / Maharat al-Quran / Manahij Ulum al-Islamiyah dan;
- LULUS Bahasa Inggeris
- LULUS Ujian Bertulis (Bahasa Arab dan Tajwid)
- LULUS temuduga
- Mempunyai tahap kesihatan yang baik.
-
CAWANGAN 1 : DARUL QURAN MAIK, PANJI
Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra,
Lot 2136, Jalan Raja Perempuan Zainab II, Panji,
16100 Kota Bharu, Kelantan,
Malaysia -
Telefon : +609 7744363
-
Faks : +609 7715773
-
Emel : mtq [at] e-maik [dot] my
-
CAWANGAN 2 : DARUL QURAN MAIK (PEREMPUAN), PENDEK
Lot 5166 Kampung Cabang 3
Jalan Pasir Mas Salor, Kota Bharu, Kelantan,
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia -
Waktu Berurusan:
Ahad hingga Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang
Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang
Jumaat & Sabtu : Cuti