faq lokasi aduan peta

Selasa, 1 Dzulka'edah 1446 H
29 April 2025

PERKHIDMATAN

PENERBITAN

Image

Unit Penerbitan MAIK merupakan sebuah unit yang bernaung di bawah bahagian Agama MAIK yang bertanggungjawab terhadap penyebaran dakwah islamiah kepada masyarakat, khususnya melalui media cetak. Selain mencetak dan menerbitkan buku-buku bacaan umum, Unit Penerbitan MAIK juga menerbitkan bahan bacaan percuma sebagai bahan sebaran dakwah kepada orang ramai. Selain itu, Unit Penerbitan MAIK juga bertanggungjawab dalam meneruskan legasi penerbitan Majalah Pengasuh (sejak 1918M) sebagai majalah bulanan dakwah dan hadharah Islamiyyah.

Majalah Pengasuh merupakan sebuah majalah yang diterbitkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dengan menggunakan tulisan jawi sebagai medium perantaraan. Asalnya ia merupakan sebuah akhbar yang diterbitkan secara dwi mingguan. Naskhah sulung Pengasuh diterbitkan pada 1 Syawal 1336 hijriyyah dan masih kekal diterbitkan oleh MAIK hingga ke hari ini sebagai sebuah majalah dwi bulanan.

Dalam naskhah sulungnya, barisan pengarangnya diketuai oleh Muhammad Yusuf Kenali (Tok Kenali) dengan dibantu oleh pengarang-pengarang yang lain iaitu Mahmud b. Ismail (Dato’ Seri Paduka Raja), Muhammad b. Said (Dato’ Laksamana), Hj. Idris b. Hasan dan Muhammad Daud. Artikel-artikelnya membicarakan pelbagai topik seperti kemanusiaan, ibadat, sejarah serta berita-berita dalam negeri.

Majalah ini telah pun genap usianya 100 tahun hijriyyah pada 1 Syawal 1436 hijriyyah (17 Julai 2015) yang menjadikannya sebagai satu-satunya majalah yang masih kekal diterbitkan berbanding dengan akhbar atau majalah lain yang sezaman dengannya. Ini juga menjadikannya sebagai sebuah akhbar atau majalah yang tertua di negara kita, bahkan di nusantara Melayu.

Pada hari ini, majalah ini terus memberi sumbangan kepada para pembaca melalui artikel-artikel ilmiah yang menyentuh pelbagai isu yang dihadapi oleh pelbagai lapisan masyarakat.

ARKIB INFO MAJALAH PENGASUH DISINI

Selain dari Majalah Pengasuh unit Penerbitan juga berfungsi untuk menerbitkan dan menjual buku-buku bacaan umum kepada orang ramai. MAIK sebagai sebuah institusi agama menyedari bahawa perlunya mempergiatkan usaha dakwah yang berterusan melalui pelbagai metod atau manhaj yang berbeza di mana bidang penulisan adalah salah satu daripada cabangnya.

Bagi merealisasikan objektif ini, MAIK telah menerbitkan pelbagai judul buku berunsurkan pengetahuan agama Islam. Usaha yang telah dilakukan ini sedikit sebanyak dapat merancakkan lagi usaha-usaha dakwah melalui bidang penulisan disamping dapat menggalakkan serta memupuk minat membaca dikalangan masyarakat Islam khususnya terhadap bahan-bahan bacaan yang bertemakan agama. KLIK SINI

Risalah-risalah percuma ini pada kebiasaannya adalah merupakan buku-buku bacaan yang ringan tetapi sarat dengan maklumat-maklumat yang bermanfaat. Ia diterbitkan bagi memberi maklumat-maklumat yang tepat di atas sesuatu isu agama yang berlaku, memberi panduan-panduan tertentu dalam menjalani ibadat-ibadat tertentu, khususnya diterbitkan sempena sambutan Maulidur Rasul, Isra' dan Mikraj, Ramadhan dan sebagainya.

Risalah-risalah percuma mendapat permintaan yang amat menggalakkan dari pelbagai agensi. Antaranya Institusi pendidikan, masjid-masjid, badan NGO dan jabatan-jabatan kerajaan. Buku/risalah percuma tersebut boleh didapati di sini

  • UNIT PENERBITAN
    PERPUSTAKAAN MAIK

    PT 66, Jalan Tok Hakim, Seksyen 9
    15000 Kota Bharu Kelantan

  • Telefon : +609-746 2348 / 013- 996 4363 (Whatsapp Unit Penerbitan)

  • Emel : penerbitan [at] e-maik [dot] my

  • Waktu Berurusan :
    Ahad hingga Rabu : 8.00 pagi - 5.00 petang
    Khamis : 8.00 pagi - 3.30 petang
    Jumaat & Sabtu : Cuti

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini492
Kelmarin4598
Minggu Ini14121
Bulan Ini127999
Jumlah Pengunjung39124137