PENGENALAN :
Merupakan bantuan yang diberikan secara “one-off” untuk sara diri, kecemasan dan lain-lain keperluan.
Merupakan bantuan yang diberikan secara “one-off” untuk sara diri, kecemasan dan lain-lain keperluan.
KATEGORI ASNAF : Fakir, miskin dan muallaf
SYARAT-SYARAT:
- Beragama Islam.
- Pemohon adalah rakyat negeri Kelantan yang menetap di negeri Kelantan dan sekiranya bukan rakyat negeri Kelantan, pemohon disyaratkan bermastautindi negeri Kelantan serta tidak menerima bantuan daripada pusat zakat negeri kelahiran/asal.
- Menepati kaedah-kaedah penentuan asnaf fakir dan miskin sebagaimana yang telah ditetapkan
- Pemohon yang masih mampu untuk melakukan kerja harian tetapi masih tergolong dalam asnaf fakir dan miskin serta tidak memenuhi syarat untuk diberi bantuan bulanan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:
- Salinan Kad Pengenalan/surat beranak pemohon, pasangan dan tanggungan.
- - Bagi kes pemohon yang tiada kad pengenalan, sertakan salinan passport.
- - Bagi kes pemohon yang tidak mempunyai apa-apa dokumen pengenalan diri, sertakan salinan kad pengenalan pasangan/tanggungan.
- Salinan akaun Tabung Haji dan salah satu akaun bank berikut yang masih aktif ; Maybank / CIMB / Bank Islam / Bank Rakyat / Ambank
- Salinan sijil kematian, surat perakuan cerai pemohon dan pasangan (jika berkaitan)
- Salinan slip gaji / penyata pencen pemohon dan pasangan sekiranya bekerja kerajaan / swasta atau pengesahan pendapatan (disahkan oleh imam masjid bandar/jajahan/ mukim) sekiranya tiada slip gaji.
- Salinan surat pengesahan perubatan, laporan polis kes kemalangan, kebakaran, bencana alam, kematian, kecurian dan lain-lain (jika berkaitan).
- Surat pengesahan mastautin yang disahkan oleh imam masjid bandar/jajahan/mukim sahaja jika tiada sebarang dokumen pengenalan diri (boleh dapatkan di Portal MAIK).
KADAR BANTUAN:
Kadar bantuan minimum RM500.00 sehingga maksimum RM3,000.00

Kadar bantuan minimum RM500.00 sehingga maksimum RM3,000.00

KAEDAH PERMOHONAN / PELAKSANAAN
- Permohonan boleh dibuat secara ”online” menerusi portal rasmi MAIK di e-Agihan.
- Pemohon hendaklah memuat turun borang pengesahan maklumat pemohon untuk disahkan oleh imam masjid bandar / jajahan / mukim / penggawa (yang mana berkaitan)
- Pemohon hendaklah memuat naik dokumen-dokumen berkaitan yang diperlukan ke dalam sistem e-Agihan MAIK
- Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau memberi keterangan palsu akan ditolak
- Bantuan disalurkan kepada ketua isi rumah kecuali bagi kes-kes tertentu.
CARA BAYARAN:
Pembayaran dibuat melalui Electronic Fund Transfer (EFT) / tunai (bagi kes kecemasan)
Pembayaran dibuat melalui Electronic Fund Transfer (EFT) / tunai (bagi kes kecemasan)
