SYARAT-SYARAT AM MEMOHON :
- Pemohon hendaklah terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon peranakan Kelantan
- Beragama Islam.
SYARAT-SYARAT KHUSUS MEMOHON :
BANTUAN ONE-OFF
- Tabung ini bertujuan membantu anak-anak Kelantan untuk melanjutkan pelajaran di beberapa Institusi Pengajian Tinggi Luar Negeri dalam pelbagai bidang pengajian yang bermanfaat.
- Terdiri daripada golongan fisabilillah.
- Keutamaan diberikan kepada keluarga berpendapatan kurang daripada RM 8,000.00 sebulan.
- Tiada tajaan dan bantuan daripada badan atau agensi yang berkaitan.
- Pemohon yang mendapat tajaan@bantuan daripada mana-mana jabatan@agensi tetapi pada pandangan pihak MAIK masih belum mencukupi.
- Dihadkan mengikut tempoh pengajian sahaja (4 tahun pengajian sahaja)
- Kadar bantuan :
- Jordan = RM 5,000.00
- Selain Jordan = RM4,000.00
CARA UNTUK MEMOHON :
-
Pemohon-pemohon bolehlah mendapatkan bantuan nasihat melalui semua imam-imam masjid seluruh negeri Kelantan. Tiap-tiap Pemohon mestilah mengisi borang permohonan bantuan yang boleh didapati secara percuma di Kaunter Zakat, MAIK atau Kaunter Baitulmal di masjid-masjid jajahan. Borang permohonan yang disalin (fotostat) tidak akan dilayan.