faq lokasi aduan peta

SYARAT SKIM BANTUAN

BANTUAN PERSEKOLAHAN

PENGENALAN :
Merupakan bantuan yang diberikan secara “one-off” bagi menampung perbelanjaan anak yang bersekolah sama ada peringkat rendah atau menengah.

KATEGORI ASNAF : Fakir, miskin dan muallaf

SYARAT-SYARAT:
  1. Beragama Islam.
  2. Pemohon adalah rakyat negeri Kelantan yang menetap di negeri Kelantan dan sekiranya bukan rakyat negeri Kelantan, pemohon disyaratkan bermastautin di negeri Kelantan serta tidak menerima bantuan daripada pusat zakat negeri kelahiran/asal.
  3. Menepati kaedah-kaedah penentuan asnaf fakir dan miskin berdasarkan kepada had kifayah sebagaimana yang telah ditetapkan.
  4. Had umur bagi anak/ tanggungan ialah 6- 19 tahun sahaja.
  5. Anak/tanggungan mestilah belajar di sekolah kelolaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Yayasan Islam Kelantan (YIK)—kecuali bagi anak/tanggungan yang berumur 6 tahun.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:
  1. Salinan kad pengenalan / surat beranak pemohon, pasangan dan tanggungan.
      - Bagi kes pemohon yang tiada kad pengenalan, sertakan salinan passport.
      - Bagi kes pemohon yang tidak mempunyai apa-apa dokumen pengenalan diri, sertakan salinan kad pengenalan pasangan/tanggungan.
  2. Salinan sijil kematian, surat perakuan cerai pemohon dan pasangan (jika berkaitan).
  3. Salinan slip gaji/penyata pencen pemohon dan pasangan sekiranya bekerja kerajaan/swasta atau pengesahan pendapatan (oleh imam masjid bandar/jajahan/ mukim) sekiranya tiada slip gaji.
  4. Surat pengesahan mastautin yang disahkan oleh imam masjid bandar/jajahan/mukim sahaja jika tiada sebarang dokumen pengenalan diri (boleh dapatkan di Portal MAIK).
KADAR BANTUAN:


KAEDAH PERMOHONAN / PELAKSANAAN
  1. Manual permohonan melalui eAgihan akan diedarkan kepada masjid bandar/jajahan untuk pemohon isi secara online mengikut kuota yang telah ditetapkan.
  2. Pihak masjid mukim melalui Biro Kebajikan Masjid akan mengenalpasti asnaf yang layak.
  3. Pemilihan hendaklah diputuskan oleh Biro Kebajikan Masjid yang dipengerusikan oleh Imam.
  4. Asnaf yang layak/terpilih diminta hadir ke masjid bandar/jajahan secara berjadual untuk membuat permohonan menggunakan eAgihan.
  5. Pihak masjid hendaklah menyediakan senarai calon penerima dan disahkan oleh Imam Tua/Muda, Pengerusi Biro Kebajikan dan Setiausaha Masjid.
  6. Maklumat/senarai asnaf yang membuat permohonan diserahkan kepada MAIK melalui masjid bandar/ jajahan.
  7. Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau memberi keterangan palsu akan dibatalkan.
  8. Bantuan disalurkan kepada ketua isi rumah secara tunai melalui imam masjid bandar/jajahan/mukim kecuali bagi kes-kes tertentu.

CARA BAYARAN
Bayaran secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada masjid bandar/jajahan dan diagihkan secara tunai kepada imam masjid mukim/penerima.

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini435
Kelmarin3822
Minggu Ini4257
Bulan Ini81368
Jumlah Pengunjung67284444