AGIHAN WANG FIDYAH MAIK BERJUMLAH RM845 RIBU UNTUK MANFAAT RAKYAT
Selain daripada membantu golongan fakir dan miskin melalui agihan wang zakat, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) juga menguruskan terimaan bayaran fidyah daripada orang ramai.
Menjadi kelaziman pada setiap tahun, pihak MAIK akan menguruskan dan menggagihkan wang terimaan bayaran fidyah kepada golongan fakir dan miskin di setiap jajahan di negeri Kelantan.
Pada tahun 2024, sebanyak RM845,000 akan disalurkan kepada 21 buah Masjid Negeri, Bandar dan Jajahan untuk diagihkan kepada golongan fakir dan miskin di jajahan masing-masing.
Penyerahan replika cek telah disempurnakan Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Datoโ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK sempena Majlis Amanat Yang Berhormat Mulia Tengku Yang Dipertua MAIK Bersama Pegawai Masjid Negeri Kelantan Tahun 2024 di Grand Ballroom, The Grand Renai Hotel, Kota Bharu.
Agihan tersebut akan diuruskan melalui Masjid-Masjid Bandar dan Jajahan Negeri Kelantan.
Diharapkan dengan agihan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan mereka di samping dapat menambah keperluan makanan harian.
๐๐ถ๐ฑ๐๐ฎ๐ต merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadan tahun berikutnya.
MAIK telah menetapkan kadar bayaran fidyah adalah sebanyak RM1.75 untuk secupak beras bagi setiap hari yang ditinggalkan puasanya.
Jangan lupa hukum membayar fidyah ni adalah ๐ช๐๐๐๐.
Jom pakat-pakat bayar fidyah secara online menerusi MAIK.
Nak tau cara kira fidyah anda? Jom klik link di bawah
(TAKSIRAN FIDYAH PUASA)