faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MAIK LANCAR EPENYATA ELAUN

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada 3 Mac 2024 telah melancarkan Sistem e-Penyata ELAUN untuk kegunaan semua Pegawai Masjid Mukim.

Sistem terbaharu MAIK ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Mulia, Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Yang Dipertua MAIK sempena Majlis Amanat Yang Berhormat Mulia Tengku Yang Dipertua MAIK Bersama Pegawai Masjid Negeri Kelantan Tahun 2024 di Grand Ballroom, The Grand Renai Hotel, Kota Bharu.

Dengan adanya sistem ini ia akan memudahkan para Pegawai Masjid Mukim untuk mencetak penyata elaun bulanan dan juga tahunan bagi tujuan tertentu.

Kelebihan sistem yang dibangunkan secara in-house oleh Unit Teknologi Maklumat MAIK ini telah memudahkan para Pegawai Masjid Mukim yang mana mereka tidak lagi perlu hadir ke pejabat untuk mendapatkan surat pengesahan bayaran elaun bulanan, sebaliknya boleh akses ke aplikasi yang disediakan dan terus mencetaknya.

Untuk makluman juga pihak bank telah menerima penyata ini sebagai dokumen valid bagi mendapatkan fasiliti yang disediakan oleh pihak perbankan.

Majlis turut dihadiri, Yang Berhormat Ustaz Haji Mohd Asri bin Mat Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan; Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato’ Kaya Perba, Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan; Yang Berhormat Sahibul Fadhilah Dato’ Haji Nik Abdul Kadir bin Nik Mohamad, Timbalan Mufti Negeri Kelantan; Yang Berbahagia Dato’ Haji Wan Hassan bin Wan Muhammad, Ahli Jemaah Ulama’ MAIK dan Yang Berusaha Tuan Haji Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK.

#2024

#MAIK2023


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini180
Kelmarin3481
Minggu Ini15482
Bulan Ini44201
Jumlah Pengunjung27510644