faq lokasi aduan peta


BERITA 2025

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

AGIHAN WANG ZAKAT MAIK MENINGKAT 15 % PADA TAHUN 2024

Sudah tentunya anda tertanya-tanya ke manakah wang zakat yang diterima MAIK dibelanjakan. Suka kami maklumkan kepada semua bahawa agihan wang zakat pada tahun 2024 telah mencatat peningkatan 15 % lebih tinggi dari tahun 2023.

Sebanyak RM 269,417,035 wang zakat telah diagihkan sepanjang tahun 2024 berbanding RM233,627, 386 pada tahun sebelumnya.

Perkara ini diumumkan Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan juga Yang Dipertua MAIK sempena Majlis Sidang Media Laporan Khas Kutipan dan Agihan Zakat MAIK Bagi Tahun 2024 di Hotel Perdana.

Agihan zakat melalui segmen asnaf fakir dan miskin telah mencatat pecahan kedua terbesar dalam program agihan zakat yang mana sejumlah RM 101,605,419 telah diagihkan sepanjang Januari hingga Di sember tahun 2024.

Empat kategori asnaf mencatatkan peningkatan iaitu Bantuan kepada Asnaf Amil, Al-Gharimin, Al-Riqab dan Ibnu Sabil meningkat daripada RM 34,532,534 kepada RM 42,162,263 berbanding dari tahun lalu.

Perbelanjaan Program Asnaf Fakir dan Miskin telah mencatat pecahan kedua terbesar dalam program agihan zakat yang mana sejumlah RM 101,605,419 telah diagihkan sepanjang Januari hingga Disember tahun 2024.

Sementara itu, terdapat pelbagai lagi segmen agihan zakat yang menunjukkan peningkatan berikutan jumlah kutipan zakat yang banyak menjadikan lebih banyak agihan dapat diberikan kepada mereka yang layak.

Majlis hari ini turut dihadiri, Yang Berhormat Ustaz Mohd Asri bin Mat Daud (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri), Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato’ Kaya Perba Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad (Mufti Kerajaan Negeri Kelantan), ang Amat Arif Dato’ Haji Ibrahim bin Deris, (Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan), Yang Berhormat Dato’ Perwira Raja, Dato’ Haji Nik Mohd Shafriman bin Haji Nik Hassan, Penglola Istana D’Raja Kelantan, Yang Berhormat Dato’ Haji Nik Abdul Kadir bin Haji Nik Mohamad (Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan), Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dato’ Ir. Dr. Zainai bin Mohamed (Ahli Majlis MAIK), Yang Berbahagia Dato’ Shahidani Bin Abd Aziz@ Juned (Ahli Majlis MAIK), Yang Amat Berbahagia Dato’ Haji Mohd Anis bin Hussein (Timbalan Yang Dipertua MAIK), Yang Amat Berusaha Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman (Pengarah Yayasan Islam Kelantan) dan Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Kadir bin Haji Muhammad (Ahli Jamaah Ulama MAIK).

Program hari ini turut dihadiri Ketua-Ketua Jajahan, Ketua Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan rakan-rakan media.

Selain itu, pada hari ini juga Yang Berhormat Mulia turut memberitahu secara rasminya, yang mana kutipan zakat bagi tahun 2024 mencatatkan peningkatan sebanyak 15% iaitu RM 296,523,766 berbanding RM 257,091,433 pada tarikh yang sama bagi tahun 2023.

Segmen terbesar kutipan zakat ini adalah daripada zakat pendapatan iaitu RM185,342,813 diikuti zakat perniagaan berjumlah RM 54,104,618, zakat wang simpanan RM 24,379,010, zakat harta RM 13,513,644, dan lain-lain zakat iaitu zakat fitrah, dan lain-lain hasil zakat, zakat emas/perak, zakat saham, zakat ternakan, zakat qadha, serta zakat pertanian, padi yang kumulatifnya berjumlah RM 19,183,680.

Pada kesempatan ini juga, MAIK ingin merakamkan penghargaan dan jutaaan terima kasih kepada seluruh para pembayar zakat, pewakaf serta mereka yang menginfaqkan harta menerusi dana awam baitulmal diatas kesetiaan dan kepercayaan penuh yang masih diberikan kepada MAIK.

Dalam memastikan segala gerak kerja dan program MAIK sama ada dalam segmen kutipan mahupun agihan zakat supaya sampai langsung kepada masyarakat, peranan Ketua-Ketua Jajahan, Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, NGO dan Pengamal Media haruslah dihargai dan diiktiraf. Terima kasih dan penghargaan setinggi-tingginya kami utuskan kepada semua.

#MAIK2025

#ZakatMAIK

#TerimakasihpembayarzakatMAIK

#SentiasaInginBerbakti

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1537
Kelmarin5552
Minggu Ini13106
Bulan Ini105916
Jumlah Pengunjung37671636