faq lokasi aduan peta


BERITA 2025

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

LEBIH RM12 JUTA WANG ZAKAT MAIK DIPERUNTUKKAN UNTUK BANTUAN RUMAH KEDIAMAN DAN PEMULIHAN RUMAH KEDIAMAN PADA TAHUN 2025

Lebih RM12 juta wang zakat diperuntukkan untuk Bantuan Rumah Kediaman dan Pemulihan Rumah Kediaman Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) bagi tahun 2025.

Program Bantuan Rumah Kediaman MAIK adalah bantuan untuk sebuah rumah yang dibina baharu. Keutamaan skim bantuan ini diberikan kepada asnaf fakir dan miskin, ibu tunggal, anak yatim dan orang kelainan upaya.

Bantuan rumah kediaman ini dibina melalui kategori rumah tiga bilik berharga RM65,000, empat bilik berharga RM73,000 dan lima bilik berharga RM80,000.

Sementara itu, bagi asnaf yang telah memiliki rumah dan perlukan pembaikian, maka disediakan Bantuan Pemulihan Rumah Kediaman MAIK.

Pada hari ini telah berlangsungnya penyerahan cek cura bantuan tersebut daripada Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan juga Yang Dipertua MAIK kepada ketua-ketua jajahan, sempena Majlis Sidang Media Laporan Khas Kutipan dan Agihan Zakat MAIK Bagi Tahun 2024 di Hotel Perdana.

Majlis hari ini turut dihadiri, Yang Berhormat Ustaz Haji Mohd Asri bin Mat Daud (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan), Yang Berhormat Sahibus Samahah Dato’ Kaya Perba Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad (Mufti Kerajaan Negeri Kelantan), Yang Amat Arif Dato’ Haji Ibrahim bin Deris, (Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan), Yang Berhormat Dato’ Perwira Raja, Dato’ Haji Nik Mohd Shafriman bin Haji Nik Hassan (Penglola Istana D’Raja Kelantan), Yang Berhormat Dato’ Haji Nik Abdul Kadir bin Haji Nik Mohamad (Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Kelantan), Yang Berbahagia Prof. Emeritus Dato’ Ir. Dr. Zainai bin Mohamed (Ahli Majlis MAIK), Yang Berbahagia Dato’ Shahidani Bin Abd Aziz@ Juned (Ahli Majlis MAIK), Yang Amat Berbahagia Dato’ Haji Mohd Anis bin Hussein (Timbalan Yang Dipertua MAIK), Yang Amat Berusaha Tuan Haji Zulkifle bin Ab Rahman (Pengarah Yayasan Islam Kelantan) dan Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Kadir bin Haji Muhammad (Ahli Jemaah Ulama MAIK).

Jajahan Kota Bharu menerima RM1,210,000.00

Jajahan Tumpat menerima RM1,214,000.00

Jajahan Pasir Mas menerima RM1,358,000.00

Jajahan Pasir Puteh menerima RM 1,178,000.00

Jajahan Tanah Merah menerima RM 1,243,000.00

Jajahan Bachok menerima RM 1,200,000.00

Jajahan Machang menerima RM 1,251,000.00

Jajahan Kuala Krai RM1,308,000.00

Jajahan Jeli menerima RM1,234,000.00

Jajahan Gua Musang menerima RM 1,186,000.00

Permohonan Rumah Agihan Zakat MAIK (Rumah Sebuah) boleh dibuat kepada Pejabat Tanah dan Jajahan melalui Penggawa terdekat dengan kediaman pemohon.

Calon-calon penerima rumah Agihan Zakat MAIK (Rumah Sebuah) akan disenarai pendek oleh Pejabat Tanah dan Jajahan sebelum dibentangkan kepada MAIK untuk menerima kelulusan bantuan rumah tersebut.

Selain itu, pemohon boleh memohon melalui pejabat di Masjid Bandar dan Jajahan berdekatan kediaman masing-masing. Pemohon boleh mendapatkan bantuan kakitangan di pejabat Masjid Bandar dan Jajahan untuk mengisi permohonan menerusi sistem e-Agihan MAIK yang disediakan pada Portal Rasmi MAIK.

Terima kasih pembayar zakat MAIK kerana zakat andalah mereka yang kurang berkemampuan ini dapat hidup di rumah lebih selesa dan dapat menikmati kebahagian bersama keluarga masing-masing.

#MAIK2025

#ZakatMAIK

#TerimakasihpembayarzakatMAIK

#SentiasaInginBerbakt

 

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini4864
Kelmarin6283
Minggu Ini39878
Bulan Ini92085
Jumlah Pengunjung37657805