faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

ALHAMDULILLAH... DIBERI PELUANG REBUT PAHALA 10 MUHARRAM

Alhamdulillah, pada 16 Julai 2024, kami bersama insan-insan istimewa diberi peluang oleh ALLAH SWT untuk merebut pahala berpuasa dan berbuka bersempena 10 Muharram 1446.

Mereka adalah terdiri daripada penghuni Rumah Kebajikan Darul Aitam dan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) serta kakitangan di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji (KIJPSIP).

Seramai 200 tetamu diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Penghuni Rumah Kebajikan Darul Aitam dan Pelajar Tahfiz MAIK yang diadakan di Dewan Utama Tengku Kaya Pahlawan KIJPSIP.

Program berbuka puasa tersebut sudah menjadi kelaziman pihak pengurusan Darul Aitam MAIK.

Majlis tersebut telah dihadiri Yang Berbahagia Datin Hajah Nik Khatijah @ Zubaidah binti Haji Nik Man, Ahli Lembaga Darul Aitam MAIK, Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Afifi bin Haji Ahmad @ Ahmad Ashaari, Pengurus KIJPSIP MAIK dan Yang Berusaha Encik Yasman bin Haji Hashim @ Yasin, Penyelia Darul Aitam MAIK serta wakil Yang Berusaha Puan Siti Aisyah binti Ghani, wakil Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan, semua Guru Al-Quran Darul Aitam MAIK, kakitangan Unit KIJPSIP termasuklah Darul Aitam MAIK.

Selain mendapat ganjaran berbuka beramai-ramai, adik-adik penghuni Rumah Kebajikan Darul Aitam dan juga anak-anak tahfiz turut bertuah kerana mereka menerima nasihat berguna daripada Yang Berbahagia Datin Hajah Nik Khatijah@Zubaidah dan lebih mesra membahasakan diri sebagai Tok Mi dengan insan-insan istimewa diraikan ini.

Memetik pesanan yang selayaknya dijadikan pedoman kepada adik-adik diraikan ini, semestinya beliau mahukan kumpulan ini bersyukur kerana telah mendapat layanan sangat istimewa daripada pihak MAIK.

Bukan sahaja ketika menetap di sini, tetapi MAIK juga membantu mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Nasihatnya, bersyukur dan berterima kasihlah.

Beliau juga berpesan agar anak-anak di sini mengambil iktibar dengan setiap peristiwa bersejarah yang berlaku pada bulan Muharram supaya ia menjadi teladan dalam menempuhi cabaran kehidupan.

Tegas beliau, anak-anak di sini diingatkan tidak melakukan perkara-perkara memalukan MAIK dengan jadilah insan cemerlang didunia dan akhirat.

#MAIK2024

 

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini317
Kelmarin2407
Minggu Ini19208
Bulan Ini317
Jumlah Pengunjung29304934