faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

KERUSI RODA ELEKTRIK BUAT ADIK NUR ANIS

Bukan dipinta lahir ke dunia dengan keadaan yang tidak sempurna, tapi itu ketentuan ALLAH SWT yang telah tersurat.

Begitulah takdir yang dilalui adik Nur Anis Syazwani Binti Abdul Muhaimin berumur 12 tahun. Dia menghidap sakit saraf atau dikenali Cerebral Palsy Spasitic Dysplagia sejak lahir lagi.

Dugaan ini bukan sahaja dirasai oleh adik Nur Anis bahkan orang tuanya juga yang mahukan si anak mendapat rawatan dan kemudahan sempurna dalam kehidupan mereka serba sederhana.

Bagi menggembirakan keluarga ini, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menerusi Masjid Sultan Muhammad 1 JELI, telah membantu mereka untuk memiliki kerusi roda elektrik bernilai RM3,000 bagi kegunaan adik Nur Anis menerusi bantuan segera.

Sumbangan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Muhaimin Bin Yahya, Imam Tua Masjid Sultan Muhammad 1, Jeli.

Tanpa sumbangan daripada pembayar zakat MAIK ini, pastinya keluarganya ini tidak mungkin dapat menggembirakan anak perempuan mereka yang mahukan kerusi roda elektrik dengan cepat.

Lihatnya. Betapa bermaknanya sumbangan zakat anda sekalian, dengan zakat andalah mereka dapat menikmati kegembiraan.

Lihatlah wajah gembira adik Nur Anis.

Terima kasih pembayar zakat. Hanya ALLAH SWT yang mampu memberikan ganjaran terbaik kepada kalian.

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini2072
Kelmarin3907
Minggu Ini17728
Bulan Ini37915
Jumlah Pengunjung30054715