faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

BANTUAN MAIK SEDIKIT MELEGAKAN MANGSA BANJIR

Fenomena banjir luar biasa yang dilalui penduduk di beberapa daerah di Kelantan baru-baru ini turut mendapat perhatian para penyumbang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Pada 29 Disember 2023 (Jumaat), pihak MAIK mewakili penyumbang kami telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada 415 keluarga mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Pasir Mas dan Rantau Panjang. Sementara itu, seramai 7 keluarga mangsa banjir dilaporkan di pusat pemindahan sementara di Kampung Mesek, Manek Urai Lama, Kuala Krai.

Di jajahan Pasir Mas dan Kuala Krai, bantuan tertumpu kepada mereka yang menumpang berteduh di masjid-masjid, surau serta madrasah.

Destinasi pertama yang kami singgah di Pasir Mas adalah di Masjid Mukim Padang Licin, Gual Periok. Sebanyak 34 keluarga masih berlindung di situ. Mereka sudah bermalam di situ sejak 14 hari lalu.

Cerita salah seorang penerima sumbangan, Saudah binti Cik Soh, 59, dia sudah berpindah ke Masjid Mukim Padang Licin sejak 14 hari lalu. Kawasan rumahnya ditenggelami sedalam lebih 2 meter. Barangan dapur yang diletakkan di tempat tinggi juga tidak dapat diselamatkan kerana dihanyutkan banjir. Air naik dengan cepat dan di luar jangka ceritanya. Ada diantara mereka yang kerugian kerana ternakan seperti lembu mati kesejukan.

Rata-rata mangsa yang ditemui menyifatkan banjir kali ini sangat luar biasa dan sudah tiga kali mereka terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara. Ketika kami melawat, keadaan rumah mangsa masih digenangi banjir dan belum sesuai untuk pulang.

Sementara itu di Kampung Mesek, Kuala Krai, Zuraini binti Abdullah menyifatkan setiap tahun beliau sekeluarga perlu menghadapi banjir ini namun sangat bersyukur dengan kehadiran pihak MAIK yang tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir sepertinya.

Terima kasih kepada para penyumbang yang telah menginfaqkan harta kepada MAIK. Kami mengharapkan bantuan ini sedikit sebanyak dapat melegakan keresahan mangsa-mangsa banjir kerana banyak harta benda mereka telah rosak dan tidak dapat digunakan semula.

#MAIKCaknoSengoti

#MAIK2024

 

 

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini749
Kelmarin3211
Minggu Ini19262
Bulan Ini47981
Jumlah Pengunjung27514424