faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

MANGSA TRAGEDI TANAH RUNTUH DI JELI TERIMA BANTUAN MAIK

Kejadian hujan lebat luar biasa, yang melanda negeri ini berikutan Monsun Timur Laut, turut mengakibatkan berlakunya tanah runtuh di laluan utama masuk ke Kampung Seberang Janggut, Jeli.

Sekali gus menyebabkan kira-kira 37 keluarga di kampung tersebut terputus hubungan dan mengalami kesukaran untuk mendapatkan barangan keperluan.

Tragedi pada 29 Disember 2023 yang dialami penduduk di sana telah sampai ke pengetahuan pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Kami memahami kepayahan mereka untuk mendapatkan bekalan makanan.

Bagi bersama-sama meringankan beban keluarga terbabit, semalam pihak MAIK telah menyerahkan 37 kotak makanan bernilai RM200 setiap satu.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh Yang Berusaha Haji Muhamad Rasani bin Ramli, Setiausaha MAIK kepada Yang Berusaha Encik Mohamad bin Jaafar, Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan), Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli yang diadakan di pekarangan pejabat MAIK di Lundang.

Hadir sama, Yang Berusaha Encik Mohd Izwan Shah bin Dato’ Haji Mohd Aiseri, Ketua Pegawai Pembangunan MAIK, Yang Berusaha Encik Ikhwan bin Mat Yasin, Pegawai Agihan Zakat MAIK dan Yang Berusaha Encik Muhamad Firdaus bin Mat Rahim, Pegawai Komunikasi Korporat MAIK.

Kami mengharapkan bantuan yang akan sampai kepada keluarga terlibat dengan kadar segera ini sedikit sebanyak mengurangkan kerisauan penduduk yang diuji dengan kejadian tidak dijangka itu.

Kami juga mendoakan supaya ALLAH SWT mempermudahkan urusan kumpulan Pejabat Tanah dan Jajajahan Jeli menghantar bantuan-bantuan ini kepada semua yang terbabit.

#MAIKCaknoSengoti

#MAIK2024

 

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini589
Kelmarin3211
Minggu Ini19102
Bulan Ini47821
Jumlah Pengunjung27514264