faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

BENGKEL PEMANTAPAN OUTCOME BASED EDUCATION (OBE) MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN, MAIK

Seksyen Hal Ehwal Akademik dengan kerjasama Unit Jaminan Kualiti Maahad Tahfiz Al-Quran ( MTQ ) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan ( MAIK ) telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Outcome Based Education ( OBE ) di Hotel Ibis Styles, Kota Bharu.

Bengkel ini dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Mohamad Marzuqi bin Abdul Rahim, Pensyarah Pengajian Islam (Pendidikan Tahfiz al-Quran) Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan akademik dan pengurusan berkenaan kepentingan OBE dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Diharapkan input yang diperoleh menerusi bengkel ini dapat membina kerjasama dan sikap saling menyokong di antara kakitangan akademik dan kakitangan pengurusan dalam menitikberatkan OBE bagi pelaksanaan aktiviti PdP di MTQ.

Bengkel dimulai dengan sesi pencerahan berkaitan Perkembangan Pendidikan Tahfiz al-Quran. Seterusnya, penerangan berkenaan OBE dalam Pendidikan Tahfiz al-Quran, Perancangan OBE dalam Pendidikan Tahfiz, Pelaksanaan OBE dalam Pendidikan Tahfiz dan Pentaksiran OBE dalam Pendidikan Tahfiz.

Beberapa peserta juga diberi peluang melakukan demonstrasi Mock-Teaching bagi mengaplikasi OBE dalam aktiviti PdP kursus masing-masing. Penceramah turut memberi bimbingan kepada pensyarah dan komentar penambahbaikan kepada para peserta melalui demonstrasi tersebut.

Diharapkan kakitangan yang terlibat dapat mengaplikasi ilmu pengetahuan berkaitan OBE ini dalam objektif pendidikan dan hasil pembelajaran program diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat mengikut bidang tugas masing-masing.

#MAIK2024

#MTQMAIK

 

   

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1485
Kelmarin3424
Minggu Ini19633
Bulan Ini92975
Jumlah Pengunjung29397592