faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

PENYERAHAN SUMBANGAN DANA AWAM BAITULMAL MELALUI POTONGAN GAJI WARGA PEGAWAI TADBIR UGAMA (PTU) KELANTAN

Penyerahan Sumbangan Dana Awam Baitulmal Melalui Potongan Gaji Warga Pegawai Tadbir Ugama (PTU) Negeri Kelantan kepada YABrs. Dr Hasnan bin Haji Ramli selaku Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah diadakan pada jam 9.15 pagi pada 12 September 2024.

Penyerahan replika cek sumbangan telah dibuat oleh Tuan Haji Naim Bin Md Ghazali selaku Bendahari mewakili warga PTU Negeri Kelantan setelah selesai Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pegawai Hal Ehwal Agama Islam Kelantan Bil 4/2023-2025 dengan disaksikan oleh pegawai-pegawai dan Ahli Jawatankuasa PTU semua agensi berkenaan.

Dana Awam Baitulmal MAIK ini diluluskan dalam Mesyuarat Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Kali Ke-936 Bil 5/2021 bermatlamat membantu mereka yang memerlukan bantuan meliputi semua kaum, agama dan usia serta merentas asnaf dengan keutamaan kepada membaiki infrastruktur untuk kemudahan masyarakat.

Semoga sumbangan ini menjadi contoh kepada semua persatuan dan agensi untuk menyalurkan sumbangan kepada pihak MAIK dalam membantu semua komuniti khususnya di Kelantan.

#MAIK2024

 


Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini1838
Kelmarin4195
Minggu Ini24567
Bulan Ini96602
Jumlah Pengunjung31551924