faq lokasi aduan peta


BERITA 2024

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

CABARAN 30 JUZUK, KEJAYAAN TERINDAH BUAT KAMI

 

Satu kejayaan yang amat membanggakan telah dicapai oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang mana para pelajar tahfiz di sini telah berjaya mengharungi cabaran 30 juzuk Al-quran dan sekali gus telah melahirkan 28 orang lagi huffaz baharu.

Mereka ini, bukan sahaja berjaya mengkhatamkan hafazan 30 juzuk tetapi turut memperoleh keputusan peperiksaan akhir yang cemerlang. Ini adalah kejayaan terindah buat kami di MAIK.

Seramai 5 pelajar mendapat pangkat Mumtaz dengan Purata Gred Keseluruhan (PNGK) di antara 3.70 hingga 4.0; 18 orang lagi mendapat pangkat Jayyid dengan PNGK 3.00 hingga 3.69 dan 5 lagi mendapat pangkat Jayyid dengan PNGK 2.50 hingga 2.99.

Kesemua mereka telah diraikan pada Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK Bagi Tahun 2024 dalam majlis penuh barokah di Hotel Perdana, Kota Bharu pada 11 Jun 2024 lalu.

Pada majlis ini mereka menerima sijil penghargaan dan saguhati yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan juga Yang Dipertua MAIK.

Adik-adik tahfiz yang menamatkan Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan telah berjaya menghafal 30 juzuk selama 3 tahun pengajian.

Pada majlis ini, seorang pelajar, Muhammad Amirul Mukmin bin Mazlan telah dinobatkan sebagai Tokoh Hafiz Maahad Tahfiz Al-Quran MAIK Sesi 2021/2024.

Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan MAIK bahkan turut menggembirakan para pembayar zakat MAIK.

Ini kerana sejumlah wang zakat diinfakkan oleh pembayar ini telah dimanfaatkan oleh para pelajar tahfiz MAIK yang mana mereka adalah golongan layak menerima zakat.

Betapa bermaknanya wang zakat ini, pahalanya sentiasa mengalir, ilmu al-Quran yang dikembangkan dan dimanfaatkan para huffaz ini sudah pasti ganjarannya turut dinikmati para penyumbang.

Selain komitmen pihak MAIK, kecemerlangan adik-adik tahfiz ini tidak mungkin tercapai tanpa adanya nikmat keberkatan daripada ibu bapa dan penjaga mereka. Bagi menghargai jasa dan pengorbanan insan istimewa ini, kami turut mengundang mereka untuk sama-sama merasai sendiri saat-saat bersejarah anak-anak mereka bergelar sebagai seorang huffaz.

Sekalung tahniah diucapkan kepada adik-adik tahfiz dan didoakan agar ilmu yang dikendong ini akan ditebarkan ke seluruh pelosok dunia dalam mencapai redha Ilahi.

 

flickr

www.flickr.com

Cetak   Emel

HUBUNGI KAMI

Talian : +609-7481512

Faks: +609-7485512

Emel: maik [at] e-maik [dot] my

Aduan: KLIK DI SINI

BILANGAN PENGUNJUNG

Hari Ini253
Kelmarin2924
Minggu Ini12074
Bulan Ini40793
Jumlah Pengunjung27507236